Bukan biasa-biasa SM Entertainment kali ini, menurut Koreaboo, syarikat SM Entertainment bakal buka taman tema virtual realiti untuk peminat K-Pop! Baru-baru ini syarikat VR THIRTEENTH FLOOR mengumumkan kolaborasi mereka bersama syarikat SM Entertainment untuk mencipta taman tema virtual realiti.
Di katakan taman tema virtual realiti ini akan terletak di tingkat enam dalam bangunan SMTOWN COEX Artrium di Gangnam, Seoul.
Apa yang menariknya tentang taman tema virtual realiti yang bakal di buka ini adalah menghasilkan artis K-Pop virtual realiti antaranya adalah EXO Kai, Red Velvet Irene, NCT Dream dan artis-artis SM yang lain.
Artis-artis virtual realiti ini akan turut bersama-sama menemani pengunjung menikmati pengalaman di taman tema virtual ini. Siapa yang tidak mahu artis kegemaran berada di sebelah sambil bermain di taman tema bukan.
Taman tema ini di beri nama “Everland” dan antara tarikan lain yang ada di dalam taman tema virtual realiti tersebut adalah “Safari & Lost Valley” dan “T-Express” yang mana pengunjung dapat menaiki permainan tersebut sambil ditemani bintang K-Pop virtual seperti EXO Kai, Red Velvet Irene dan ramai lagi artis lain.
Bukan itu saja, satu lagi tarikan di dalam taman tema tersebut adalah “Memory Room” yang mana peminat berpeluang untuk berinteraksi bersama ahli-ahli NCT Dream secara virtual realiti menerusi permainan dan perbualan dalam “Memory Room” ini. Bestnya!
Khabarnya taman tema VR ini akan di buka dalam bulan Disember ini. Seronoknya dapat main permainan taman tema virtual realiti sambil ditemani artsi K-Pop kegemaran.