Tak terkejut melihat Kim Kardashian menyarung koleksi terkini Yeezy. Memandangkan Kim sentiasa menyokong setiap koleksi fesyen Kanye West, sememangnya Kim isteri yang baik!
Satu gambar yang dikongsi Kim di Instagram mencuri perhatian netizen. Dalam gambar tersebut Kim dalam persalinan musim sejuk mengenakan koleksi Yeezy ala Croc berwarna putih krim sambil mendukung anaknya, Chicago.
Melihat pada rekaan, kasut getah putih itu tidak ubah seperti kapal makhluk asing, malah ada yang membandingkan dengan topi keledar basikal. Rekaan futuristik yang agak buruk dan membuatkan kaki nampak pelik.
Apa kata anda dengan rekaan baru koleksi Yeezy ini? Koleksi yang dinamakan Yeezy Foam Runners akan keluar pada tahun 2020 dan akan dijual pada harga $75.
Ini bukanlah benda baru untuk Kanye, sebelum ini juga dia turut menerima kritikan bila mengeluarkan Yeezy Slides. Ramai menyamakan kasut tersebut dengan kasut Crocs, selipar hospital dan permainan lego! Tapi siapa sangka ia laku keras di mana-mana sahaja, termasuklah Malaysia.
Baca : Slide Yeezy Rekaan Kanye West Tak Siap Lagi Tapi Dah Kena Hentam!
Walau buruk dan pelik, tapi masih ada orang sanggup membeli. Kenapa ye?