Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Ini Bahayanya Jika Tidak Tidur Selama Berhari-Hari

by Lisa AG
December 3, 2019
161
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Wanista nak tanya, selama mana anda boleh tidak tidur? Sehari? Ke dua hari?

Tahukah, satu laporan International Journal of Occupational Medicine and Environment Health, rekod paling lama seseorang tidak tidur ialah selama 264 jam. Ertinya, angka ini setara dengan 11 hari berturut-turut.

Walaupun anda masih boleh menjalani kehidupan normal seperti biasa, tetapi percayalah ada kesan sampingan yang akan terjadi pada tubuh bila anda tidak tidur selama berhari-hari.

Selepas 24 Jam

Tidak tidur selama 24 jam mungkin sudah menjadi perkara biasa. Namun dalam peringkat ini, keupayaan anda untuk ingat, fokus dan membuat keputusan telah mula menurun. Anda juga mengalami kesan lain, seperti:

Foto – The Mirror
  • Mengantuk teruk
  • Mudah marah
  • Sukar beri tumpuan
  • Gula dalam darah dan hormon kortisol meningkat
  • Otot badan menjadi tegang
  • Penglihatan dan pendengaran mulai kabur

Selepas 36 Jam

Selepas tidak tidur selama 36 jam, pengeluaran hormon kortisol, insulin, dan pelbagai hormon pertumbuhan lain mula menjadi huru-hara. Perubahan ini juga mengganggu selera makan, metabolisme, suhu badan, tekanan, dan kitaran hidup secara keseluruhan.

Selepas 48 Jam

Bila keadaan ini terjadi, tubuh mula berhenti berfungsi sehingga anda mungkin mengalami microsleep. Microsleep merupakan keadaan di mana anda mengalami tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat. Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang berada dalam keadaan mengantuk.

IKLAN

Foto – Pinterest

Biasanya individu yang mengalami microsleep tidak menyedari bahawa mereka telah tertidur. Bagi orang yang tidak tidur untuk jangka masa panjang, kesan ini boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa dapat dikawal.

72 Jam Dan Lebih

Jika tidak tidur selama 3 hari berturut-turut, keadaan anda menjadi semakin parah. Anda berkemungkinan akan alami gangguan untuk fokus, berfikir, mood serta emosi, bahkan percakapan normal juga sukar dilakukan.

Kesan sampingan akibat tidak tidur lebih 72 jam:

  • Keletihan yang melampau
  • Kesukaran multitasking
  • Masalah tumpuan dan daya ingatan teruk
  • Paranoia
  • Mood tertekan
  • Kesukaran berkomunikasi dengan orang lain
Foto – Quora

Sebaiknya tidur yang cukup sekitar 6 hingga 8 jam sehari. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan, malah beauty sleep juga. Nak cantik kena tidur cukup, barulah wajah berseri-seri.

Baca : Anda Akan Jadi Orang Paling Cantik Kalau Amalkan “Beauty Sleep”

RUJUKAN : 1, 2, 3

Tags: akibat tidak tidurkenapa tak tidurmasalah sukar tidurmasalah tidursukar tidurtak dapat tidurtidak tidurtidur
Share64SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Rupa Paras Ana De Armas Kerap Jadi Pujaan, DIVA Cari Jawapannya..
Selebriti

Rupa Paras Ana De Armas Kerap Jadi Pujaan, DIVA Cari Jawapannya..

August 14, 2022
Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!
Kecantikan

Bronzer vs Contour – Ini Yang Ramai Keliru Dan Salah Teknik!

August 14, 2022
Nak Sorok Perut Gelebeh? Shapewear Alat Rahsia Potongan Badan Menawan
Fesyen

Nak Sorok Perut Gelebeh? Shapewear Alat Rahsia Potongan Badan Menawan

August 14, 2022
Ini Yang DIVA Suka Dari Hamparan Fesyen Tory Burch 2022
Fesyen

Ini Yang DIVA Suka Dari Hamparan Fesyen Tory Burch 2022

August 13, 2022
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    #DIVAKongsi 5 Kedai Buku Jadi Hot Spot Wajib Untuk OOTD Instagram!

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.