Bagi ulat buku ataupun pencinta buku pastinya acara pesta buku menjadi buruan ramai bagi mendapatkan koleksi buku-buku yang di minati dengan harga yang murah dan berpatutan.
Kini acara pesta buku terbesar dunia iaitu jualan buku Big Bad Wolf Kuala Lumpur 2019 datang lagi pada tahun ini dengan membawa pelbagai genre buku dengan tiga bahasa di Malaysia.
Sempena ulang tahun Big Bad Wolf yang ke-10 pada tahun ini, Big Bad Wolf membawa lebih dari 4.5 juta buku dengan lebih 50,000 tajuk yang dijual dengan potongan diskaun antara 75% hingga 95%.
Harga yang di tawarkan pasti berbaloi untuk kamu datang beramai-ramai bersama ahli keluarga dan kawan-kawan!
Untuk membuat persediaan, ini 10 tips yang kamu boleh lakukan untuk jualan buku 24 jam yang bermula dari 6 Disember sehingga 16 Disember 2019 di Mines International Exhibition & Convention Centre, The Mines.
#1 Serta Keahlian Wolf Pack
Big Bad Wolf menjemput kamu semua untuk memuat turun aplikasi Wolf Pack dalam telefon pintar dan nikmati kelebihan dengan menjadi ahli eksklusif dengan menerima ganjaran dan tawaran hebat.
Aplikasi akan bersiaran secara langsung pada 28 November 2019 bersama fitur pra-tempahan bagi yang ingin menjadi yang terawal membeli semasa program jualan berlangsung nanti !
#2 Rancang Perjalanan Kamu
Dalam 11 hari program jualan berlangsung, kamu mempunyai tempoh 24 jam untuk mengunjungi booth jualan. Elakkan kesesakan lalu lintas dengan berkunjung semasa bukan waktu kemuncak iaitu dari 3 pagi dan ke atas untuk mencari buku-buku yang kamu hendaki dengan mudah dan senang.
Tambahan lagi, bagi yang berkunjung ke program ini dengan menaiki kenderaan sendiri, kamu tidak perlu risau untuk mencari tempat parking kerana ia di sediakan dengan banyak dan terdapat perkhidmatan porter yang dapat membantu untuk membawa barang-barang yang kamu beli.
Malah, dari segi pembayaran pula terdapat banyak jenis transaksi dan kaedah yang boleh dilakukan. Serta kaunter pembayaran juga dibuka dengan banyak bagi melancarkan proses pembayaran.
#3 Pakaian Yang Selesa
Dengan jumlah buku-buku sebanyak 4.5 juta dengan lebih 50,000 tajuk buku pilihan di gedung jualan buku ini, percayalah kamu akan berjalan sangat lama.
Untuk pastikan kamu berada dalam keadaan yang selesa, sebaiknya kamu memakai pakaian sukan atau yang selesa untuk mencari buku nanti!
#4 Divide & Conquer!
Jika kamu mengunjungi jualan buku ini dalam kumpulan yang besar, pastikan kamu merancang secara strategik. Karnival ini adalah untuk semua orang dan terdapat banyak kejutan dan aktiviti menanti kamu semua.
Serta jangan lepaskan peluang melawat semua bahagian buku dan dapatkan pelbagai promosi diskaun yang menarik.
Jika kamu berubah fikiran terhadap buku yang kamu pegang, sentiasa pulangkan semula buku tersebut di tempat yang kamu ambil.
#5 Membeli Sambil Beramal
Sambil kamu sedang sibuk mengumpul buku-buku kegemaran jangan lepaskan peluang untuk memberi beberapa buah buku kepada golongan yang kurang bernasib baik di Red Readerhood yang terletak di penjuru jualan buku.
Red Readerhood adalah Corporate Social Responsibility (CSR atau Tanggungjawab Sosial Korporat) milik Big Bad Wolf Book dan misi mereka adalah memberi yang terbaik kepada golongan yang memerlukan dan kamu juga dapat membantu bersama!
#6 Jom Dapatkan Magik
Salah satu program utama jualan buku pada tahun ini adalah buku Augmented Reality (AR) atau secara uniknya di kenali sebagai Buku Magik. Buku-buku ini di reka secara interaktif dan memberikan pengalaman kepada kanak-kanak dengan melihat magik dan buku-buku menjadi hidup.
Untuk melihat magik tersebut, kamu perlu memuat turun aplikasi Hippo Magic dan pastikan kamu memuat turun aplikasi tersebut sebelum berkunjung ke jualan buku ini. Kamu juga dapat memilih buku cerita kegemaran atau buku bedtime story dari 17 tajuk yang terdapat di sana.
Selain itu, bagi ahli Wolf Pack, kamu dapat menikmati promosi Beli 5 Percuma 1 pada tajuk buku terpilih.
#7 Menangi Bekalan Buku Seumur Hidup!
Menangi bekalan buku untuk seumur hidup dengan menyertai pertandingan Big Bad Wolf Book Sale Kuala Lumpur #ILOVEBBWKL2019 dan kamu mungkin berpeluang menjadi pemenang bertuah. Pastikan kamu mengikuti laman sosial media Big Bad Wolf Book Sale Kuala Lumpur di Facebook dan Instagram.
#8 Buka Minda Dengan Membaca Pelbagai Jenis Genre Buku Baru
Kali ini buka minda kamu dengan membaca genre buku yang berlainan dan dapat promosi jualan buku dengan harga yang rendah. Serta dapatkan promosi eksklusif Beli 10 Percuma 1 semasa membeli buku!
Tambahan lagi, setiap hari buku-buku di gedung jualan ini akan di letak dengan tajuk buku yang baru dan berlainan. Oleh itu, pastikan kamu melawat semula di gedung jualan kerana kamu akan berjumpa dengan tajuk-tajuk buku yang baru!
#9 Jangan Lupa Bawa Barang Keperluan Diri
Sebelum datang berkunjung ke gedung jualan buku ini, pastikan kamu bersiap sedia dengan tisu basah, sanitizer tangan dan tisu untuk memberikan keselesaan dan menyejukan diri.
Dari segi makanan dan minuman, kamu tidak perlu risau kerana terdapat pelbagai booth jualan yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang enak.
Perhatian: Tidak di benarkan untuk membawa makanan dan minuman dari luar, di kawasan yang telah ditetapkan.
#10 Bawa Beg Shopping Sendiri Tau!
Jom tinggalkan plastik beg dan bawa beg membeli-belah sendiri! Pastikan kamu membawa beg membeli-belah dengan banyak kerana pastinya kamu akan tergoda dengan pelbagai tawaran buku yang diberikan nanti!
Kalau nak mudah, kamu bawa beg bagasi yang pastinya akan menyelamatkan lengan kamu!
Di harap dengan 10 tips yang diberikan ini dapat melancarkan perjalanan membeli-belah kamu di jualan buku terbesar dunia ini.
Selamat mencari buku kegemaran!