It’s a good bye for now!
Setiap tahun pertunjukan fesyen agung dari pakaian dalam Victoria’s Secret antara yang dinanti-nanti. Tapi sayangnya untuk tahun ini dan mungkin akan datang, Victoria’s Secret Fashion Show (VSFS) telah dibatalkan secara rasmi kerana reputasi jenama yang merosot teruk akibat kontroversi tiadanya kepelbagaian. Berita itu disahkan sendiri oleh syarikat induk pakaian gergasi itu, L Brands.
Jualan Merosot
Walaupun pertunjukan fesyen dipuji tetapi ternyata ia tidak mendatangkan banyak kesan untuk jualan jangka pendek. Syarikat itu mahu beralih dari kaedah pemasaran yang mewah kerana jualan di Victoria’s Secret terus menurun.
Jualan turun 7% pada suku baharu berbanding 2% pada tempoh yang sama tahun lepas. Selain kenaikan kecil pada suku pertama pada 2018, peruncit pakaian dalaman itu telah mengalami penurunan jualan sejak suku keempat pada 2016.
Tiada Kepelbagaian
Victoria’s Secret sendiri melarang kemasukan model bersaiz besar dan berlainan jantina, dengan alasan tidak sesuai dengan imej VS.
Makin tercalar apabila Ed Razek, seorang eksekutif tertinggi Victoria’s Secret berkata dalam wawancara Vogue, dia tidak fikir mereka harus merekrut model transeksual atau badan besar dalam pertunjukan fesyen kerana mereka tidak boleh jual.
Komennya mencetuskan respon negatif dengan model Karlie Kloss meninggalkan jenama dan penyanyi Halsey mengutuk VS kerana tiadanya kepelbagaian.
Untuk kekal relevan, VS mula merekrut model transeksual Valentina Sampaio dan model plus size Ali Tate Cutler melalui kolaborasi kempen dengan jenama pakaian lain.
Sayangnya… Penulis antara peminat setia VSFS, dengan persembahan artis, rekaan bra penuh kreatif dan luar biasa serta slot fantasy bra.