Kita biasa lihat apabila di pusat membeli-belah, anak-anak akan minta ibu bapa mereka bawa ke stor mainan untuk mencari mainan yang diingini bukan. Rata-rata kanak-kanak yang mengunjung ke stor mainan akan mencari patung dinosour dahulu kemudian barulah cari keretapi, patung barbie dan sebagainya.
Minat kanak-kanak yang mendalam terhadap sesuatu objek menunjukan bahawa anak-anak kita memiliki tahap kebijaksanaan yang tinggi dari biasa.
Dalam dunia psikologi, fenomena ini dikenali sebagai “intense interest” di mana secara purata satu pertiga kanak-kanak menunjukan perkembangan terhadap minat mendalam ini, tetapi tidak lama kemudian minat tersebut beransur-ansur pudar selepas kanak-kanak menginjak usia enam tahun dan ke atas.
Saju kajian telah dijalankan di University of Indiana dan juga University of Wisconsin di mana kajian yang dijalankan mendapati minat yang mendalam (intense interest) boleh meningkatkan semangat serta kegigihan diri, meningkatkan perhatian serta tumpuan dan mengasah kemahiran untuk berfikir secara komplex dalam memproses maklumat.
Minat yang mendalam juga telah menunjukan peningkatan terhadap kemahiran bahasa dan menjadikan diri punya pemahaman yang bagus dan tinggi.
Jadi sebagai ibu bapa, jika kamu melihat anak-anak kamu menunjukan minat yang mendalam terhadap dinosour, jangan padam minat mereka kerana minat yang mendalam itulah yang dapat membantu anak-anak kamu mengembangkan kemahiran strategi mereka untuk menyelesaikan masalah di dalam hidup mereka di kemudian hari.
Para pengkaji percaya dengan mengembangkan minat anak-anak terhadap sesuatu objek atau perkara, ia akan mengembangkan potensi diri anak-anak tersebut dan ibu bapa harus memainkan peranan dalam mengekalkan minat mereka untuk terus hidup.
Oleh itu, jika anak-anak kamu meminati dinosour atau objek lain jangan sesekali matikan minat tersebut, sebaiknya bimbing anak-anak untuk meneroka agar minat mereka terus berkembang.
Kebaikan Minat Mendalam Terhadap Dinosour:
- Menambahkan pengetahuan
- Meningkatkan semangat serta kegigihan diri
- Meningkatkan perhatian dan tumpuan diri
- Mengasah kemahiran berfikir secara komplex
- Mempunyai kemahiran memproses maklumat
Justeru itu, ibu bapa jangan terkejut apabila anak-anak yang masih berusia bawah enam tahun sudah pandai menyebut nama-nama dinosour yang komplex dan sukar di sebut itu! Ini kerana minat yang mendalam membuatkan diri mereka cenderung untuk mempelajari sesuatu yang baru dan secara tidak langsung mengasah kemahiran diri sejak kecil.
Jadi jika kamu melihat anak-anak kamu menunjukan kecenderungan atau minat terhadap sesuatu, sokong serta bimbing mereka untuk meneroka agar ia dapat meningkatkan lagi potensi yang terdapat di dalam anak-anak kamu.