Holly Broome, berusia 24 tahun ini merupakan seorang pereka grafik yang berasal daripada London. Wanita ini telah di diagnos memiliki masalah kulit seperti kulit bayi baru lahir, dan pada tahun 2017 masalah kulitnya menjadi semakin melarat dan teruk. Holly cuba mendapatkan rawatan daripada GP (yang merupakan doktor yang tinggal bersama komuniti dan merawat penyakit kronik).
Selepas mendapatkan bantuan daripada GP dan di maklumkan bahawa masalah ekzema yang dihadapi tidak begitu ‘teruk’ dan GP tersebut menasihatkan Holly untuk melembapkan kulit dengan menggunakan topikal steroid yang kuat.
Ekzema Menjadi Semakin Teruk
Menerusi khidmat nasihat tersebut, Holly menggunakan krim steriod Eumovate tetapi setelah beberapa bulan mencuba, masalah kulit yang dihadapi tetap sama. Meskipun begitu dirinya tidak berputus asa dan terus mencuba krim-krim steroid dan antibiotik bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
Namun setelah mencuba pelbagai jenis steriod dan ubat antibiotik, ke semuanya tidak berhasil. Pada tahun 2018, krim topikal steriod tidak lagi berkesan ke atas tubuh Holly.
Terpaksa Vakum Apartment Setiap Hari!
Dek kerana masalah ekzema kulit yang sangat teruk, Holly dan juga teman lelakinya terpaksa vakum rumah mereka setiap hari kerana kupasan kulit yang tanggal jatuh ke lantai rumah serta di bilik tidurnya.
Mendapati Dirinya Menghidap TSA
Holly mendapati dirinya menghidapi Topical Steriod Addiction (TSA) di mana ekzema menjadi tidak terkawal dan kulit menjadi anti krim topikal steriod. Dari situ, Holly mula berhenti menggunakan sebarang krim topikal steriod dan kesannya Holly mengalami Topical Steriod Withdrawal (TSW) di mana ia akan menyebabkan petanda atau gejala seperti rasa terbakar, gatal-gatal dan kulit yang sembam, bengkak dan bernanah.
Mula Mencari Jalan Keluar Dengan Terapi NMT
Pelbagai usaha dilakukan tetapi Holly menemui jalan buntu. Akhirnya Holly menemui buku diet ekzema dan mula mengenali gejala-gejala lain yang lebih teruk. Menerusi pembacaan dari buku diet ekzema tersebut, Holly telah berhenti menggunakan mana-mana krim steriod dan membuat keputusan untuk menjalani terapi yang dikenali sebagai No Moisture Therapy (NMT).
Menerusi terapi ini, ia akan membantu kulit menghasilkan kelembapan secara semula jadi tanpa menggunakan mana-mana krim pelembap yang lain. Meskipun rawatan ini tidak seratus peratus menyembuhkan penyakit ekzema yang dihadapi. Sekurang-kurangnya Holly dapat mengawal penyakit kulit dari terus melarat.
Holly lancarkan Kempen Kesedaran “Scratch That”
Menerusi pengalaman yang dialaminya, Holly melancarkan kempen kesedaran tentang Topical Steriod Withdrawal (TSW) dan berhasrat supaya doktor berhenti menggunakan krim steriod kepada pesakit seolah-olah ia adalah gula-gula. Pesakit yang menghidapi masalah kulit ekzema yang kronik akan menghadapi kesan yang lebih teruk apabila menggunakan krim steriod.
Kempen kesedaran ini membantu pesakit ekzema mendapatkan rawatan bagi mengawal penyakit kulit yang dihadapi dan mendapatkan diagnosis bagi Topical Steriod Addiction (TSA) agar penyakit ini dapat di rawat sebaik mungkin.
Jangan main-main dengan penyakit ekzema, jika kamu memiliki masalah kulit tidak kira sedikit atau teruk. Kamu harus buat pemeriksaan dan dapatkan diagnos terhadap penyakit kulit yang kamu hadapi agar ia dapat di rawat dengan betul dan segera.