Berita gembira buat semua peminat Harry Potter! Sekarang rumah zaman kanak-kanak Harry sudah boleh diduduki. Semuanya terima kasih kepada Airbnb yang menyediakan peluang keemasan ini.
Dilaporkan, peminat fiksyen JK Rowling kini boleh tumpang tidur di The De Vere House di Lavenham, Suffolk, England. Untuk tinggal di kediaman ikonik di mana ibu bapa Harry secara tragis dibunuh oleh Lord Voldemort, pengembara boleh menempah melalui Airbnb.
Rumah dua bilik tidur ini dilengkapi TV, wifi, ruang tamu, bilik tidur dan taman di halaman. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati sarapan Inggeris.
Pemilik rumah, Jane dan Tony Ranzetta telah tinggal di rumah ini selama lebih daripada 20 tahun. Jane berkata penduduk tempatan dan media sering merujuknya sebagai “Rumah Harry Potter”.
Walau bagaimanapun, pelancong yang bercita-cita juga dinasihatkan supaya berhati-hati kerana harta di rumah Harry Potter tidak sesuai untuk haiwan peliharaan dan kanak-kanak.
Kepada sesiapa yang nak duduk rumah Harry Potter, sila berbuat tempahan sekarang.