Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Ketahui 8 Nama Lain Gula @ Pemanis Buatan

by Mas Idayu
November 4, 2019
Foto - Kids Dental Studio

Foto - Kids Dental Studio

140
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Ibubapa sering memberi manisan seperti gula-gula, soda, chewing gum, minuman bergas, biskut, dan pelbagai makanan mahupun minuman yang mengandungi manisan atau gula buatan yang tidak sihat untuk di makan oleh anak-anak.

Manisan atau gula buatan ini dikenali sebagai non-nutritive sweeteners. Menurut laporan daripada American Academy of Pediatrics jumlah makanan dan minuman yang diperbuat daripada gula buatan ini telah meningkat naik secara mendadak dan penggunaan gula buatan ini terdapat di dalam pelbagai produk makanan dan minuman.

Foto – Siasat

Apa Itu Non-Nutritive Sweeteners?

Non-nutritive sweeteners atau gula buatan ini mula diperkenalkan lebih daripada 60 tahun lalu agar rasanya menyamai gula asli tanpa perlu menambah kalori. Dan lapan gula buatan ini telah diluluskan dan di ikhtiraf oleh Food and Drug Administration (FDA), enam senarai nama pertama gula manisan yang diluluskan sebagai penambah makanan dan dua senarai yang terakhir pula diluluskan mengikut kategori yang berbeza.

Foto – Bend Bulletin

8 Gula Buatan:

  1. Saccharin – Sering terdapat di dalam yogurt dan jeli rendah gula. Menurut kajian daripada Center for Science in the Public Interest (CSPI), manisan gula daripada saccharin berkait rapat dengan masalah kesihatan dan juga penyakit kanser.
  2. Aspartame – Manisan jenama ini sering terdapat soda diet dan juga di dalam mana-mana produk diet yang terdapat di pasaran. Dan manisan ini juga berkait rapat dengan masalah kesihatan dan penyakit kanser lain.
  3. Acesulfame Potassium – Biasanya manisan jenis ini terdapat di dalam buah-buahan yang telah di pek tanpa gula tambahan. Dan ada juga terdapat di dalam soda diet serta produk-produk diet lain. Acesulfame Potassium juga dikenali sebagai Acesulfame K.
  4. Sucralose – Sering di jumpai di dalam soda diet, splend dan produk-produk makanan yang lain.
  5. Neotame – Sering di jumpai di dalam gula-gula chewing gum dan protein shakes.
  6. Advantame – Merupakan protein daripada Aspartame, ia sering di jumpai di dalam air minuman bergas, serbuk air minuman, biskut dan juga produk membuat kek.
  7. Stevia – Manisan ini diikhtiraf sebagai “generally recognized as safe” oleh FDA dan senarai CSPI.
  8. Luo Han Gou / Monk Fruit – Juga diikhtiraf sebagai “generally recognized as safe” oleh FDA dan senarai CSPI.

Senarai nama gula buatan ini terdapat di dalam produk makanan dan minuman di pasaran dunia, ibubapa hanya perlu lihat nama-nama gula buatan tersebut di bahagian ramuan atau label nutrisi makanan yang terdapat pada pek makanan atau minuman tersebut.

Fakta Pengambilan Gula Buatan Kepada Kanak-Kanak

Foto B&T

Terdapat banyak soal jawap yang sering ditanyakan atau dibincangkan oleh ibubapa tentang sukatan atau pengambilan gula buatan ini kepada anak-anak. Pastinya pengambilan secara harian akan memberi kesan yang tidak bagus buat anak-anak untuk jangka masa panjang.

Nah, ikuti soal jawab dan fakta tentang pengambilan gula buatan kepada kanak-kanak di bawah.

#1 Kebanyakan ibubapa tertanya-tanya tentang pengambilan jumlah gula atau sukatan gula yang bagaimanakah sesuai dan boleh diambil oleh kanak-kanak?

Jawapan –  FDA telah membuat garis panduan pengambilan gula buatan yang diluluskan ke dalam produk makanan dan minuman.

Foto – Medical Observer

#2 Bagaimana ibubapa nak tahu berapa sukatan gula buatan ini terkandung di dalam produk makanan ataupun minuman?

Jawapan – Ibubapa kini perlu peka terhadap label nutrisi yang dibekalkan pada produk makanan mahupun minuman yang ingin di beli. Ibubapa perlu tahu sukatan dan kandungan jumlah gula dan hidangan yang perlu diambil dalam diet pemakanan seharian.

#3 Berapa gula buatan yang diluluskan oleh FDA?

Jawapan – Terdapat lapan gula buatan yang diluluskan oleh United State Food and Drug Administration (FDA).

Foto – Diabetes Forecast

#4 Adakah benar gula buatan penyebab kanser?

Foto – timeoutdubai.com

Jawapan – Meski tiada kajian serupa yang ditemui pada manusia serta tiada bukti saintifik yang menyebabkan manusia terkena penyakit kanser. Tetapi terdapat kajian yang dilakukan ke atas haiwan dan mendapati, ia berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya kanser jika mengambil gula buatan dalam jumlah yang besar dan banyak. 

IKLAN

Sebaik-baik, ambil gula buatan ini dalam kadar yang sedikit dan bersederhana bagi mengelakan kesan yang buruk pada kesihatan untuk jangka masa panjang.

#5 Apakah kesan negatif terhadap kesihatan kanak-kanak jika mengambil gula buatan ini?

Foto – Active Kids

Jawapan – Para pengkaji berpendapat terdapat hubungkait diantara gula buatan dan perubahan selera makan serta perbezaan deria rasa terhadap kanak-kanak yang mana ia boleh menyebabkan atau memberi kesan ke atas kesihatan dan berat badan kanak-kanak.

Manakala pengkaji lain berpendapat gula buatan ini menyebabkan perubahan di dalam gut microbiome yang menghasilkan bakteria ‘baik’ dan menyebabkan kesan terhadap tahap gula dalam darah yang boleh membawa kepada masalah sindrom metabolik, daya ketahanan insulin dan diabetes.

#6 Bolehkan gula buatan membantu menghilangkan berat badan?

Foto – Daily Express

Jawapan – Ibubapa sering menyangkakan gula buatan dengan label “zero-calorie” adalah kunci kepada penurunan berat badan tetapi sebenarnya tidak. Ianya cuma menunjukan penurunan berat badan kepada kanak-kanak untuk jangka masa yang pendek sahaja dan dalam masa jangka panjang ia akan menyebabkan masalah berat badan kerana jumlah pengambilan gula buatan yang terlalu banyak oleh kanak-kanak.

Beri Rasa Manis Semula Jadi Kepada Anak-Anak

Foto – thatsugarmovement.com

Ibubapa perlu berhenti memberi sumber makanan dan minuman yang mengandungi gula buatan ini. Sebaik-baiknya beri anak-anak makanan dan minuman yang berasaskan rasa manis secara semula jadi.

Meski ianya sukar untuk memberi sumber makanan dan minuman kesihatan kepada anak-anak dengan zaman sekarang ini yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang mampu menggoda anak-anak.

Foto – foodal.com

Tetapi ibubapa perlu lebih bijak dan kreatif dalam menghasilkan menu makanan dan minuman yang berasaskan bahan-bahan semual jadi.Serta ibubapa juga perlu kawal pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi sumber gula buatan ini.

Ajar anak-anak untuk kurangkan mengambil makanan yang berasaskan gula buatan secara perlahan-lahan dan jadikan diri sebagai contoh terbaik untuk anak-anak, agar mereka dapat mengikuti gaya permakanan yang sihat seperti ibubapa mereka.

 

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5, 6

Tags: 8 Jenis gula buatanCSPIFDAFood and Drug AdministrationGula Buatankanak-kanakkesan pengambilan gulakesihatanNon-Nutritive SweetersPengambilan gula buatan
Share56SendShare

Artikel Berkaitan

Bukan Lagi Gossip Girl! Smoky Eye Ekstrem Bawa Karakter Rock Taylor Momsen
Selebriti

Bukan Lagi Gossip Girl! Smoky Eye Ekstrem Bawa Karakter Rock Taylor Momsen

February 4, 2023
Guna Jari Pun Boleh, Ini Cara Nak Tahu Kuantiti Tepat Bila Pakai Sunscreen!
Kecantikan

Guna Jari Pun Boleh, Ini Cara Nak Tahu Kuantiti Tepat Bila Pakai Sunscreen!

February 4, 2023
Beg Tangan Ilham Dari 7 Nama Ikon Dunia, Ada Yang Dah Jadi Milik Kamu?
Fesyen

Beg Tangan Ilham Dari 7 Nama Ikon Dunia, Ada Yang Dah Jadi Milik Kamu?

February 4, 2023
Bakal Menang Oscar? Ini Yang Perlu Kamu Tahu Tentang Michelle Yeoh
Selebriti

Bakal Menang Oscar? Ini Yang Perlu Kamu Tahu Tentang Michelle Yeoh

January 29, 2023

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.