Adidas Originals memperkenalkan konsep kasut terbaru iaitu Home Of Classics yang merangkumi pelbagai stail dan rekaan kasut yang unggul untuk generasi terbaru masa kini. Dan seperti biasa, rekaan kasut daripada Adidas tidak akan mengecewakan peminat setia jenama terkemuka ini!
Home Of Classics ini memberi fokus terhadap bagaimana kasut sneaker yang di hasilkan mampu memberi pengalaman mengembara dan bergerak ke seluruh negara di dunia ini. Menerusi pengalaman yang di kongsikan bersama pencipta kasut di New York dan juga Tokyo, Adidas Originals berkolaborasi bersama komuniti pengembara global iaitu Trippin, bagi bersama-sama mengikuti pencipta kasut ke lokasi di bandar-bandar dengan memakai kasut ikonik ini.
Dan sekaligus mencipta gelombang jelajah yang unik, unggul dan memberi pengalaman yang bermakna di seluruh bandar-bandar yang di jelajahi!
Home Of Classics merupakan kasut yang tidak bergantung kepada fungsi berteknologi tinggi, tetapi memberi fokus kepada rekaan yang ringkas dengan rupa bentuk yang ikonik seperti tiga garisan jalur, menggunakan kulit berwarna putih dan getah.
Kasut yang terdapat dalam Home Of Classics ini menampilkan tiga rekaan kasut Supercourt yang terbaru. Rekaan kasut Supercourt yang mengambil inspirasi menggunakan kulit haiwan berwarna putih dengan gaya rekaan kasut yang moden dan dinamik.
Selain itu, Home Of Classics juga melancarkan beberapa rekaan kasut klasik yang lain seperti Stan Smith, Superstar 80s, Continental 80, Rivalry Lo dan juga A.R. Trainer.
Rekaan kasut sneakers yang di bawa oleh Adidas Originals kali ini memperlihatkan kemahiran pembuatan kasut berpengalaman selama 50 tahun yang telah berkecimpung di dalam industri pembuatan kasut. Dengan pengalaman yang kukuh dalam menghasilkan kasut, pastinya rekaan kasut di bawah Home Of Classics mampu menarik minat peminat setia Adidas Originals!
Jadi bagi generasi baru, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kasut ini dan menjadi generasi yang unggul bersama-sama BLACKPINK! Serlahkan potensi diri seperti BLACKPINK dengan kembara bersama kasut sneakers Adidas Originals Home Of Classics sekarang.
Kasut-kasut Home Of Classics ini telah mula di jual pada 17 Oktober 2019 bagi yang ingin kasut ini, layari laman web Adidas Originals dan terus boleh membeli-belah!