Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

21 Peratus Wanita Muslim Malaysia Percaya Suami Punya Hak Pukul Isteri

by Mas Idayu
October 17, 2019
Foto - business-standard.com

Foto - business-standard.com

38
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Satu kaji selidik telah dijalankan oleh Sisters in Islam, sebuah badan bukan berkanun ke atas wanita Muslim di Malaysia dan hasil kaji selidik mendapati 21 peratus wanita Muslim di Malaysia percaya bahawa suami mereka mempunyai hak untuk memukul mereka.

Sister in Islam berkongsi hasil kaji selidik mereka menerusi laman Twitter mereka. Kajian yang dilakukan ke atas 675 orang wanita mendapati lebih 70 peratus wanita Muslim percaya poligami adalah hak lelaki. Bagaimanapun 32 peratus wanita mengatakan mereka hanya menerima perkahwinan mereka sahaja (monogami).

Findings from a survey conducted by @SistersinIslam:

21% of Malaysian Muslim women believe that their husbands have the right to physically harm them.

You don’t need to assault a woman to be a complete man.
#riseagainstextremism #muslimwomenspeak

— Sisters in Islam (@SistersinIslam) October 15, 2019

“Wanita Muslim telah di doktrin untuk menurut perintah dan akhirnya membuatkan mufti mengeluarkan arahan bahawa wanita yang telah diperlakukan kasar (dipukul) oleh suami mereka di benarkan untuk keluar dari rumah”

Menerusi siri perkongsian yang ditulis Sister in Islam di laman akaun Twitter mereka, Sister in Islam menunjukan hasil kajian bahawa lebih 97 peratus wanita Muslim di Malaysia bertanggungjawab untuk melaksanakan perintah tuhan. Manakala 96 peratus yang lain mengatakan bahawa wanita wajib menurut perintah suami sebagai tanggungjawab isteri dan 88 peratus yang lain mengatakan bahawa, perkahwinan mereka adalah tanggungjawab suami.

Foto – Yaqeen Institute For Islamic Research

Tambahan lagi, lebih 59 peratus wanita Muslim menyatakan bahawa diri mereka berasa tertekan dengan isu polisi moral dan juga pandangan masyarakat dan 84 peratus wanita menyatakan bahawa diri mereka akan di nilai berdasarkan bagaimana mereka membesarkan anak-anak.

Bukan itu saja, apa yang merisaukan adalah lebih dari sebahagian 57 peratus wanita Muslim merasakan bahawa diri mereka tidak mempunyai sokongan sosial dan manakala lagi 54 peratus wanita Muslim merasakan bahawa diri mereka tidak mempunyai sokongan dari segi undang-undang.

Foto – depositphotos.com

Menerusi tweet yang dikongsikan oleh Sister in Islam, hasil kajian menunjukan bahawa wanita Muslim berfikir secara berasing terhadap tanggungjawab dan tugas diri sebagai seorang isteri.

IKLAN

“Wanita Muslim merasakan bahawa mereka harus bersabar terhadap ketidakadilan yang berlaku keatas diri merka dan tidak mengadu atau bertanya untuk menukar status quo.”

Hak kesamaan di dalam keluarga hendaklah di perakui di dalam undang-undang keluarga Islam.

“Hak kesamaan kepada wanita akan memberi kesan positif kepada semua lapisan masyarakat sosial. Dengan perkembangan semasa telah membuktikan bahawa perundangan yang telah di perbaharui bukan saja dapat membuatkan situasi wanita menjadi semakin baik. Malah ia juga akan membentuk pandangan dan fikiran masyarakat sosial di Malaysia tentang hak wanita.”

Empowered women will result in improvements at home, in the workplace, the economy, and in society at large.

Equality for women brings positive effects to all members of society.#riseagainstextremism #womenagainstextremism #sistersinislam

— Sisters in Islam (@SistersinIslam) October 15, 2019

Aktivis dan ahli Sister in Islam, Marina Mahathir juga turut berkongsi pandangannya, tentang harapan wanita Muslim dan apa yang berlaku dalam kehidupan wanita Muslim yang sebenar terputus. Dan masyarakat pula berfikir pandangan sebegini adalah sesuatu yang biasa.

Pengasas European Union dengan tajuk kajian “Perceptions and Realities: The Public and Personal Rights of Muslim Women in Malaysia” menunjukan bahawa negara Malaysia masih banyak lagi yang perlu di pertingkatkan terutama dalam menaikan taraf hak wanita Muslim di Malaysia baik sama ada di dalam masyarakat sosial mahupun di rumah.

Foto – scmp.com

Menariknya isu taraf wanita menarik perbagai sektor untuk membuat kaji selidik, menurut South China Morning Post (SCMP), terdapat kaji selidik yang serupa di jalankan dan mendapati bahawa 32 peratus wanita merasakan bahawa diri mereka tidak mempunyai hak untuk menentukan hubungan seksual di dalam perkahwinanan mereka.

Di dalam kajian yang di temui oleh SCMP, secara majoritinya responden memberi pandangan yang sama iaitu 62 peratus tidak bersetuju atau tidak menyokong isteri atau ibu mencari nafkah untuk keluarga.

Hak wanita Muslim harus di pertingkatkan baik dari aspek kekeluargaan mahupun di dalam lapisan masyarakat sosial agar kehidupan mereka lebih baik tanpa tindasan mahupun pembelaan. Anda setuju?

Tags: Hak Kesamaanhak wanitaKaji SelidikMalaysiaSCMPsister in islamStatus Quowanita malaysiaWanita Muslim
Share15SendShare

Artikel Berkaitan

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

by Soph.Azz
December 27, 2021
0

Viral di TikTok apabila netizen berkongsi seorang lelaki telah mendukung pengantin perempuan dalam sebuah majlis perkahwinan. Menerusi video @83suka, lelaki...

Baca Lagi
#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

by Soph.Azz
December 20, 2021
0

Tidak mahu terlepas daripada membantu mangsa banjir, kelab peminat NCT mula trending dengan #NCTzenBantu apabila mereka mula mengadakan tabung banjir....

Baca Lagi
#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

by Soph.Azz
December 20, 2021
0

Berikutan dengan paras air naik mendadak, sebanyak 71 jalan utama dan lebuhraya di Selangor dilaporkan mula ditutup. Antara daerah yang...

Baca Lagi
“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

by Soph.Azz
December 16, 2021
0

"Terdedah pada pornografi pada usia yang masih muda boleh membuatkan kehidupan seks dan kesihatan mental terjejas."- Billie Eilish. Menerusi rancangan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Suami Lemah Tenaga Batin, Ini Ubat Kuat Doktor Saran Boleh Guna

  2. 2

    Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

  3. 3

    [FOTO] Fesyen Hijau Marion Caunter, Mana Satu Paling Tarik Perhatian?

  4. 4

    “Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

  5. 5

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.