Baru-baru ini penulis menggunakan produk Mary Kay yang terbaru iaitu set penjagaan LUMIVIE dengan kuasa daripada mutiara hitam yang dapat membantu kulit wajah agar kekal terjaga, gebu, bersih dan berseri. Set penjagaan LUMIVIE ini memiliki beberapa manfaat seperti mencerahkan kulit, meningkatkan daya tahan kulit, memberi kelembapan serta membuatkan tona kulit menjadi sekata.
Penulis cukup berminat dengan produk yang menggunakan mutiara hitam sebagai bahan utama dalam menghasilkan produk kecantikan. Misteri mutiara hitam ini pasti dapat memberikan kulit wajah kekal cantik, berseri dan bersinar seperti bak mutiara di dasar laut!
Fungsi Mary Kay LUMIVIE
Untuk pengetahuan semua set penjagaan LUMIVIE ini mempunyai impak pemprosesan yang mampu melindungi, mencerahkan kulit dan sekaligus membantu menguatkan kulit untuk meningkatkan daya kekuatan kulit. Di mana fungsi sebeginilah yang di cari-cari oleh wanita moden masa kini.
Selain itu kunci utama di dalam set penjagaan LUMIVIE ini adalah mutiara hitam, opti-bright complex dan juga samphire di mana bahan-bahan inilah yang membekalkan kepada kulit wajah agar kekal berseri, bersinar, lembap, gebu dan bersih secara menyeluruh.
- Mutiara hitam – atau di kenali sebagai hydrolzed pearl ini dapat membantu meningkatkan daya kekuatan kulit bagi membantu kulit agar pulih dari dalam dan meningkatkan ketahanan kulit.
- Opti-Bright™ Complex – yang di ambil daripada ekstrak akar angelica acutiloba, asid amino sayuran dan juga niacinamide. Bahan-bahan ini merupakan campuran yang berpotensi untuk menghalang proses kulit menjadi kusam dan juga tona kulit yang tidak sekata.
- Samphire – merupakan ekstrak salicomia herbacea yang merupakan salah satu bahan penting di dalam set penjagaan ini. Samphire mempunyai kebolehan unik yang dapat meningkatkan pemuliharaan kulit dan dalam masa yang sama dapat melembapkan kulit wajah.
Produk Bermutu & Memuaskan!
Sebelum penulis mencuba set penjagaan Mary Kay LUMIVIE ini, penulis mencari dan membaca ulasan panel-panel yang menyertai ujian dengan menggunakan produk ini dan majoriti panel yang menggunakan produk ini siang dan malam selama 21 hari menyatakan bahawa penggunaan set penjagaan LUMIVIE ini memberi keberkesanan yang bagus terhadap kulit.
Malah tona kulit juga menjadi sekata, kulit jadi cerah, segar, lembap dan licin. Penggunaan yang konsisten selama 21 hari oleh 255 wanita yang mengambil bahagian uji kaji ini rata-rata memberi maklum balas yang positif akan keberkesanannya! Hebat betul.
Pengalaman Penulis Menggunakan Set Penjagaan LUMIVIE!
Set penjagaan LUMIVIE ini mempunyai empat produk di dalam satu set penjagaan iaitu LUMIVIE Foaming Cleanser, LUMIVIE Moisturizing Cream, LUMIVIE Black Mask Sheet dan juga LUMIVIE Intensive Serum.
Penulis telah menggunakan keempat-empat produk set penjagaan kulit membuatkan kulit penulis menjadi tegang, anjal dan berseri. Sepanjang penulis menggunakan set penjagaan LUMIVIE ini, kulit tona yang tidak sekata menjadi sama dan tekstur kulit menjadi lebih baik serta bertenaga.
LUMIVIE Foaming Cleanser (RM125)BELI
Pembersih muka yang penulis gunakan ini tidak membuatkan kulit penulis menjadi alergik, kulit penulis yang agak sensitif ini dapat menggunakan pencuci muka LUMIVIE Foaming Cleanser dengan senang hati tanpa perlu risau dengan sebarang alahan kimia. Penggunaan pembersih muka yang lembut menjadikan permukaan kulit bersih secara menyeluruh dan segala kotoran keluar dari liang-liang pori.
Dan kesan sepanjang menggunakan pemcuci muka ini, ia menjadikan kulit muka penulis bersih dan liang pori yang menjadi kecil. Penggunaan pencuci muka di waktu pagi dan malam menunjukan kesan ke atas muka penulis. Memang berbaloi guna pencuci muka ini.
LUMIVIE Moisturizing Cream (RM179) BELI
Selepas menggunakan pencuci muka, penulis menggunakan krim pelembap LUMIVIE. Tekstur krim yang tidak melekit dan meresap dengan pantas ke dalam kulit menjadikan ia sebuah krim pelembap yang ideal. Bagi penulis, krim pelembap yang tidak melekit dan pantas menyerap masuk ke dalam kulit adalah penting.
Ini kerana kadar penyerapan yang pantas selepas mencuci muka adalah penting, kerana apabila wajah telah bersih dari sebarang kotoran dan kemudian menggunakan krim pelembap untuk memberi kelembapan dan kekal terhidrat adalah penting. Tambahan lagi kulit penulis yang sensitif ini amat memerlukan jenis krim pelembap seperti LUMIVIE ini untuk kegunaan harian!
LUMIVIE Intensive Serum (RM264) BELI
Setelah memakai pelembap muka, penulis kemudia memakai serum muka LUMIVIE. Serum ini bertindak untuk mencerahkan kulit, memulihkan tona kulit agar menjadi sekata dan berseri. Penggunaan serum secara konsistem dapat mencerahkan kulit wajah tanpa perlu mengambil suntikan vitamin C!
Di antara keempat-empat produk di dalam set penjagaan LUMIVIE ini, serum ini adalah yang termahal sekali. Meskipun serum ini sangat mahal tetapi kesan yang di berikan kepada kulit muka penulis sangat menakjubkan. Mahal tetapi berbaloi, gerenti puas hati guna serum ini!
LUMIVIE Black Mask Sheet (RM245) BELI
Okay produk yang terakhir set penjagaan LUMIVIE ini adalah topeng muka hitam yang di perkaya dengan mutiara hitam yang dapat membantu kulit meningkatkan ketahanan kulit dan dalam masa yang sama memulihkan kulit serta mencerahkan kulit muka.
Setelah penulis memakai selesai ketiga-tiga produk LUMIVIE, tibalah masa penulis memakai topeng muka sebelum tidur. Penulis gemar memakai topeng muka sebelum tidur dan terasa betul kelembapan air pada kulit penulis serta sekaligus membuatkan kulit penulis kekal terhidrat dan lembap sepanjang malam.
Langkah Pemakaian Set LUMIVIE
#1 Pembersih Wajah
Cuci muka dengan air bersih dan gunakan pembersih wajah dan cuci wajah mengikut pusing jam di sekeliling kawasan muka, terutama kawasa T zon!
#2 Krim Pelembap Wajah
Kering muka dengan kain atau tisu muka, kemudian sapukan krim pelembap di muka secara rata. Kulit akan terasa lembap dan lembut!
#3 Serum Wajah
Setelah selesai memaki krim pelembap, sapukan serum wajah dengan rata dan gunakan dua kali sehari secara konsisten. Muka akan menjadi cerah dan berseri bak mutiara!
#4 Topeng Wajah
Sebelum tidur, gunakan topeng wajah ini dan rasai kelembapan air pada wajah sepanjang malam. Memang puas hati betul!
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk set penjagaan kulit LUMIVIE ini, layari laman web MARY KAY dan dapatkan set penjagaan ini hari ini untuk mendapatkan kulit wajah cantik, gebu, berseri dan bersinar bak mutiara!