Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Ini Punca & Sebab Mengapa Ada Orang Terfikir Nak Bunuh Diri

by Mas Idayu
October 15, 2019
Foto - indiatimes.com

Foto - indiatimes.com

2.2k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kini terlalu banyak kes bunuh diri di catatkan di seluruh negara dan masalah ini telah seolah-olah seperti tiada jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Individu yang terfikir untuk membunuh diri ini mempunyai ciri-ciri menghadapi masalah mental.

Masalah mental pula sering merujuk kepada gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan, ketiadaan tenaga, cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti harian. Selain itu rasa tertekan, murung dan trauma dek kerana kecaman negatif, menjadi mangsa buli, dan kecewa membuatkan semua rasa ini akan menjerumus kepada pemikiran untuk membunuh diri.

Foto – New Roads Behaviors Health

Setiap insan pastinya akan menghadapi ujian dan cabaran yang berbeza-beza serta bagaimana untuk menjalani kehidupan di samping cuba mengekalkan kesihatan mental yang seimbang menjadi salah satu cabaran yang kuat.

Ketahui tahap kesihatan mental mampu memberi jalan keluar dan juga penyelesaian dalam bagaimana untuk menangani masalah yang di hadapi.

Apa Itu Penyakit Jiwa

Penyakit kesihatan mental adalah penyakit yang menyebabkan gangguan pemikiran atau tingkah laku sehingga menyebabkan ketidakupayaan untuk menjalankan aktiviti harian. Untuk pengetahuan kamu semua, sebenarnya terdapat lebih daripada 200 jenis sakit jiwa dan antara masalah kesihatan mental yang sering berlaku adalah kemurungan, gangguan bipolar, demensia, skizofrenia dan gangguan kerisauan yang melampau.

Foto – Metro

Masalah kesihatan mental mungkin berpunca daripada rasa tekanan yang berlebihan di sebabkan oleh keadaan atau peristiwa tertentu seperti menghidapi kanser, kencing manis dan penyakit jantung.

Manakala penyakit mental pula berlaku disebabkan oleh tekanan dari persekitaran, faktor genatik, ketidakseimbangan biokimia dalam badan atau kombinasi semua faktor.

Terdapat Dua Jenis Idea Bunuh Diri

Idea Bunuh Diri Pasif

Foto – psychologytoday.com

Biasanya orang yang terfikir hendak membunuh diri ini akan mula terasa hidupnya tidak berbaloi, terasa diri tidak berguna dan merasakan orang-orang sekeliling akan gembira jika dirinya sudah tidak ada lagi. Boleh jadi dirinya berharap semasa waktu tidur dirinya tidak akan bangun lagi pada keesokan harinya.

Idea Bunuh Diri Aktif

Foto – tidewaterwomen.com

Bagi jenis idea bunuh diri aktif ini merujuk kepada tahap bunuh diri yang lebih bahaya iaitu wujudnya niat atau perancangan yang teliti untuk menamatkan nyawanya sendiri. Jika kamu terasa nak lompat dari bangunan tinggi atau nak gantung diri ini menunjukan idea bunuh diri yang terdapat di dalam fikiran semakin teruk dan parah.

Apa Kaitan Bunuh Diri & Masalah Kesihatan Mental?

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kemurungan adalah salah satu penyebab tercetusnya idea untuk membunuh diri. Kemurungan yang dialami oleh individu bermula daripada gangguan perasaan, lalu pesakit kemurungan akan merasai pelbagai jenis fikiran yang negatif seperti merasakan diri tidak berguna, mudah marah, tertekan, mudah berasa cemas atau rasa kekosongan di dalam jiwa. Dan perasaan yang terkumpul inilah yang membuatkan seseorang individu mudah untuk terfikir bunuh diri.

Depression dan Stress tidak sama!

Foto – ufhillel.org

Perlu di ketahui bahawa kemurungan dan tekanan bukanlah masalah yang sama. Individu yang mengalami kemurungan ini lebih sukar untuk di kenal pasti kerana dari segi luaran, dirinya kelihatan okay, gembira, ceria dan sihat tetapi sebaliknya di dalam dirinya cukup parah.

Bukan itu sahaja, kemurungan juga mempunyai pelbagai jenis tetapi yang paling bahaya adalah Persistent Depressive Disorder di mana masalah kemurungan ini tidak dapat di lihat secara luaran.

IKLAN

Punca Terfikir Nak Bunuh Diri

Foto – The New York Times
  1. Gangguan perasaan
  2. Kemurungan yang teruk
  3. Trauma dengan pengalaman lalu
  4. Di buli
  5. Masalah perhubungan baik dari segi peribadi mahupun pekerjaan
  6. Tertekan
  7. Hati dan jiwa kosong
  8. Mudah cemas
  9. Rasa diri tidak berguna lagi
  10. Hilang minat meneruskan kehidupan dan sebagainya

Cara Menangani Masalah Ini

Jika kamu ingin meluahkan rasa dan masalah kemurungan yang dirasai terdapat beberapa cara yang boleh di lakukan agar diri kamu tidak termenerus terfikir untuk membunuh diri. Antara cara yang boleh kamu lakukan adalah:

Befrienders

Befrienders merupakan badan yang di tubuhkan bagi membantu mereka yang mempunyai masalah kemurungan. Talian Befriends di buka secara 24 jam untuk sesiapa sahaja dan bila-bila masa jika kamu terasa ingin meluahkan perasaan atau terfikir untuk membunuh diri.

Foto – The Sun Daily

Menurut Befriends, mereka yang ingin membunuh diri tidak mahukan jawapan atau jalan penyelesaian. Apa yang mereka mahukan adalah tempat yang selamat untuk meluahkan rasa takut dan kerisauan. Untuk menjadi diri mereka sendiri. Oleh itu, kami (Befrienders) perlu untuk memahami sesuatu perkara dari sudut perspektif mereka sendiri dan bukannya dari diri kita (masyarakat).

Image result for befrienders contact number

Jika kamu atau orang terapat mempunyai masalah kemurungan, telefon nombor di atas atau mesej secara menggunakan aplikasi WhatsApp atau e-mail kepada Befriends. Jangan biarkan diri kamu di belenggu dengan rasa ingin bunuh diri mahupun gangguan emosi dan perasaan.

Kaunselor Dan Pakar Psikiatri

Selain Befriends, kamu juga boleh berjumpa dengan kauselor sebagai pendengar setia, ini kerana mereka sememangnya profesional, terlatih dan bertauliah dalam menganalisa masalah yang di hadapi dari aspek perubatan.

Foto – Twitter

Tambahan lagi, kamu juga boleh berjumpa dengan pakar psikiatri dari Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari) untuk dapatkan rawatan di situ.

Aplikasi Pintar

Jika kamu takut untuk berjumpa dengan sesiapa, tiada masalah kamu hanya perlu muat turun aplikasi pintar yang di senaraikan oleh psycom.net ini. Di mana aplikasi yang sediakan dapat membantu meringakan beban perasaan yang di rasai. Aplikasi tersebut boleh di muat turun di Play Store dan Itunes.

Sesetengah aplikasi adalah percuma dan sebahagian yang lain dikenakan bayaran atau langganan. Jadi pilih mana-mana aplikasi yang boleh memberi kelegaan dan meringankan beban perasaan yang dialami.

Foto – CodeBlue

Awas, perasaan ingin membunuh diri bukan sahaja terdapat di kalangan orang dewasa malah ianya boleh berlaku ke atas para remaja dan kanak-kanak seawal 10 tahun.

Oleh itu, untuk mendapatkan kesihatan mental yang sihat dan kehidupan yang bahagia, apa yang boleh kamu lakukan adalah mencari bantuan sokongan agar kesihatan mental terjaga, sihat, emosi stabil dan paling penting mendapat sokongan daripada keluarga, sahabat handai dan tentunya Sang Pencipta agar diri dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

Rujukan : 1, 2, 3, 4, 5

Tags: bunuh diriElakan Bunuh DiriFikiran TergangguGangguan Perasaankemurungankesihatanmasalah mental
Share895SendShare

Artikel Berkaitan

Minum Kopi Ini, Kamu Akan Terus Bertenaga Bila-Bila Masa & Di Mana Saja
Gaya Hidup

Minum Kopi Ini, Kamu Akan Terus Bertenaga Bila-Bila Masa & Di Mana Saja

by Lisa AG
August 8, 2022
0

Luar biasa, kerana kopi ini akan memastikan kamu terus bertenaga pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Herbalife Nutrition melancarkan...

Baca Lagi
Vitamin C Pilihan DIVA Bila Nak Kurangkan Bintik Hitam, Wajah Makin Berseri
Kecantikan

Vitamin C Pilihan DIVA Bila Nak Kurangkan Bintik Hitam, Wajah Makin Berseri

by Soph.Azz
August 8, 2022
0

Muka makin gelap, kusam dan penuh dengan bintik hitam bukan saja mengganggu; tetapi dapat 'mencacatkan' penampilan seseorang. Walaupun kaedah semula...

Baca Lagi
Tanamera Hasil Pengalaman Kecantikan Deria Dikenali ‘Campur2’
Kecantikan

Tanamera Hasil Pengalaman Kecantikan Deria Dikenali ‘Campur2’

by Lisa AG
August 8, 2022
0

Pengalaman kecantikan deria 'Campur2', bagaimana agaknya itu? Tanamera menghasilkan pengalaman kecantikan deria unik yang digelar sebagai 'Campur2'. Di sini pelanggan...

Baca Lagi
Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…
Fesyen

Tampil Manis & Simple, Baju Pengantin Nurul Izzah Rupanya Direka Oleh…

by Soph.Azz
August 8, 2022
0

Sama cantik, sama padan bak pinang dibelah dua! Dalam sebuah majlis akad nikah yang dihadiri hanya oleh ahli keluarga dan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  2. 2

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  5. 5

    Suami Lemah Tenaga Batin, Ini Ubat Kuat Doktor Saran Boleh Guna

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.