Sejarah telah abadikan Cleopatra kerana kecantikannya, dan tahukah ada yang mengatakan rahsia kecantikan Cleopatra adalah melalui kaedah aromaterapi. Aromaterapi adalah satu seni dan sains pengekstrakan minyak dalam bentuk tulen daripada sebatian tumbuhan. Aromaterapi dipercayai dapat membantu meningkatkan kecantikan kulit, rambut, badan bahkan juga minda dan emosi.
Menghadirkan diri ke Guardian Malaysia Healthy Beauty Retreat 2019, penulis mempelajari bagaimana kita boleh merawat masalah mental dan emosi melalui kaedah aromaterapi.
Bagaimana aromaterapi berhubung kait dengan kesihatan mental dan emosi?
Menurut teori aromaterapi, aroma minyak tumbuhan membawa perubahan dalam otak. Sesetengah penyelidik percaya bahawa apabila orang mengalami perubahan mood atau perubahan fizikal, ia adalah kerana bau telah mencetuskan memori.
Contohnya, seseorang berasa senang ketika bau kayu manis kerana membayangkan kenangan zaman kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada deria bau individu yang berbeza-beza.
Minyak bertindak ke atas sistem saraf pusat badan yang mewujudkan pelbagai manfaat kesihatan mental dan emosi. Ini antaranya;
- Ia melegakan anxiety/tekanan
- Memberi kelegaan kesakitan otot
- Membaiki ruam kulit
- Mengurangkan kesesakan di hidung
- Mengembalikan tenaga
- Pencernaan
- Meningkatkan peredaran darah
Bagaimana minyak bekerja untuk tubuh badan?
Minyak digunakan pada badan kita, diserap melalui liang kulit dan ke aliran darah untuk sifat semulajadi. Minyak pati terlalu kuat untuk digunakan secara langsung ke kulit, jadi perlu terlebih dahulu dicairkan dengan minyak berasaskan seperti Jojoba, Soya, Almond, dan sebagainya.
Sekarang anda juga boleh membuat aromaterapi di rumah, sebagai contoh meletakkan beberapa titik minyak pati ke dalam diffuser, berendam dalam bath tub, shower body oil, tuala muka serta pelbagai cara yang anda selesa.
Baca : Guardian Tawar Produk Kecantikan Aromaterapi Oil Garden Untuk Yang Ada Masalah Jiwa
Walaupun tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya cara ini dapat menenangkan jiwa raga anda.
Selamat Beramal!