Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

6 Stail Rambut Lelaki Paling Buruk, Please Jangan Buat!

by Lisa AG
September 27, 2019
739
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Untungnya wanita pelbagai stail rambut boleh dicuba – yang volume bagaikan Farrah Fawcett, bangs Jane Birkin, potongan layered ala Rachel Green serta bermacam lagi. Bukan itu sahaja, stail rambut juga boleh membuatkan penampilan lebih segar apatah lagi muda. 

Bagi lelaki, rambut adalah aset yang paling utama dititiberatkan! Cumanya pilihan stail rambut mereka lebih terhad berbanding wanita. Dan jika tidak kena dengan gaya, memang haru penampilan.

Jadi, bila nak tukar gaya tolong jangan ubah kepada beberapa stail di bawah. Ia merupakan STAIL RAMBUT PALING BURUK menurut para wanita.

Mullet

Ya, potongan pendek di depan dan panjang di belakang. Serius stail yang popular sekitar 70-an ini sangat buruk walaupun yang menggayakan seorang selebriti. Satu lagi nampak kekampungan sangat dengan stail ini, bayangkan ke pejabat – confirm banyak mata yang memerhati. So, tak payah berangan nak bergaya macam BTS V, G-Dragon dengan stail mullet sebab memang tak sesuai dengan anda!

Foto – Arkib Wanista

Bowl Cut

Atau dalam bahasa kita disebut potongan rambut berbentuk ‘mangkuk’. Kebelakangan ini sahaja mendapat perhatian barat walhal rata-rata lelaki Korea sudah lama menggayakan stail rambut ini. Ada yang nampak elok dan ada juga yang hodoh kerana tidak sesuai dengan bentuk muka. Tapi yang jelas, stail ini nampak ‘adik-adik’, dan tidak kelihatan macho. Anda nilai sendiri, sesuai ke stail ini dibawa ke pejabat?

IKLAN

Foto – Arkib Wanista

Mohawk

Mohawk adalah sejenis gaya rambut yang memotong sebelah kiri dan kanan meninggalkan bahagian tengah dari depan ke belakang, rupanya tak ubah seperti bentuk rambut kuda. Stail rambut ini dikatakan melanggar garis panduan ‘rambut tidak beretika’ malah tidak menampakkan imej profesional, melainkan anda seorang model.

Foto – Arkib Wanista

Terlalu Banyak Letak Gel

Ini bukanlah stail rambut tapi kalau lelaki dilihat meletakkan terlalu banyak gel sehingga membuatkan rambut berminyak, bersinar, berkilat, ‘keras kejung’, memang nampak hodoh yang amat. Punyalah nak nampak rapi sampaikan tebal diletak gel. Eiuewww memang menggelikan!

Foto – Arkib Wanista

Rambut Belah Tengah

Stail sebegini mungkin nampak elok pada individu yang mempunyai bentuk muka sharp dengan rahang yang tajam meruncing, berpetak, ala-ala model. Tapi kalau anda yang sedang-sedang sahaja dengan bentuk muka bulat tembam, lupakan sahaja.

Foto – Arkib Wanista

Rambut Berwarna

Lebih-lebih lagi warna blonde, pastel seperti biru, rose gold, merah, kelabu… memang pelik betul. Melainkan anda adalah selebriti jadi tidak hairan rambut anda selalu bertukar stail. Kita sedia maklum, rambut berwarna memerlukan penjagaan yang rapi – anda kena tahu syampu, perapi, serum, dan juga minyak, agar rambut tidak kelihatan kering dan rosak. Lagi pula kalau rambut anda di-bleach memang perlu dijaga dengan baik.

Foto – Arkib Wanista

Lagi stail mana yang korang kaum wanita tak suka pada lelaki? Cuba komen di bawah…

Tags: fesyen rambutgaya rambut lelakirambut lelakistail rambutstail rambut lelakistail rambut lelaki paling buruktrend rambut lelakitrend rambut lelaki 2019
Share296SendShare

Artikel Berkaitan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Soph.Azz
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Soph.Azz
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Soph.Azz
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Soph.Azz
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Suami Lemah Tenaga Batin, Ini Ubat Kuat Doktor Saran Boleh Guna

  2. 2

    Sangat Bahaya! Pakar Gynaecology Dedah Ini Yang Akan Berlaku Kalau Pakai Panty Liner Setiap Hari

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    [FOTO] Fesyen Hijau Marion Caunter, Mana Satu Paling Tarik Perhatian?

  5. 5

    “Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.