New makeup in town!
Lady Gaga menyertai barisan mekap kelahiran selebriti seperti Fenty Beauty, KKW Beauty, Kylie Cosmetics, Honest Beauty dengan mekapnya sendiri “Haus Laboratories“.
Sejak mengumumkan bakal melahirkan ‘baby’ baru pada September 2018, peminat tidak sabar mahu melihat sendiri buah tangan artis hebat ini. Akhirnya, Haus Laboratories akan dilancarkan secara rasmi pada 17 September 2019.

Menawarkan variasi produk seperti RIP Lip Liner, Glam Attack Liquid Shimmer Powder dan Le Riot Lip Gloss. Semua produk adalah vegan, bebas kekejaman dan bebas paraben menjadikannya selamat dipakai untuk semua jenis kulit.

Menurut Gaga, istimewa Haus Laboratories padanya kerana dia mahu semua orang merasai pengalaman menggunakan mekap tanpa perbezaan usia dan identiti jantina. Yang kecil, remaja, dewasa, lelaki, perempuan malah transgender boleh bermain dengan mekapnya. Gaga juga mahu kanak-kanak menggunakan mekap sebagai cara untuk mengekspresikan diri mereka sendiri dan siapa mereka secara bebas.

Siapa berminat dengan koleksi mekap Haus Laboratories, kini boleh didapati untuk pre-order di Amazon.

Suka hati kamulah Gaga.. Tapi pada penulis, packaging Haus Laboratories biasa-bisa sahaja, tak ada yang menarik. Penulis masih suka Fenty Beauty dan Kylie Cosmetics.