Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Siapa Kaitlynn Carter? Wanita Yang Sedang Hangat Bercinta Dengan Miley Cyrus

by IamLisa
September 12, 2019
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Jika anda mengikut kemelut kehidupan Miley Cyrus, pasti ketahui sekarang wanita muda ini sedang bahagia dengan wanita cantik bernama Kaitlynn Carter. Bahkan perpisahannya dengan Liam Hemsworth disebabkan wanita ini.

Sepanjang perkahwinan, Miley akui bahawa dirinya masih tertarik kepada wanita. Miley sendiri merasakan keliru dan kompleks dalam perhubungan, bahkan menolak gelaran ‘isteri’ kerana merasakan gelaran tersebut tidak sesuai bagi dirinya.

Foto – Bustle

Siapa wanita ini dan kenapa dia begitu istimewa pada Miley? Tahukah dia juga merupakan bekas teman wanita Brody Jenner, abang Kendall dan Kylie Jenner. Malah wajahnya kerap muncul dalam rancangan realiti Keeping up with the Kardashians.

Siapa Kaitlynn Carter?

Kaitlynn adalah bintang realiti TV berusia 30 tahun dan individu berpengaruh yang tinggal di Malibu. Terkenal menerusi kemunculan di rancangan The Hills: New Beginnings. Merupakan pemegang ijazah Bahasa Inggeris dari University of New Hampshire. Bukan biasa-biasa, Kaitlynn juga adalah pengasas jenama penjagaan kulit Selfé.

Foto – Marie Claire

Pada 2 Ogos 2019, Kaitlynn mengumumkan dia sudah berpisah dengan teman lelakinya, Brody Jenner – anak kepada Caitlyn Jenner dan Linda Thompson.

Hubungan Kaitlynn Carter Dengan Brody Jenner

Kaitlynn dan Brody bertemu pada 2013 tetapi berpisah secara baik pada Ogos yang diumumkan oleh wakil pasangan itu sendiri.

“Brody Jenner dan Kaitlynn Carter telah memutuskan untuk berpisah secara baik. Mereka suka dan menghormati satu sama lain, dan tahu bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk hubungan mereka.”

Brody Jenner dan Kaitlynn Carter. Foto – People

Mereka mengadakan majlis perkahwinan di Indonesia pada bulan Jun 2018 tetapi tidak pernah menjadikan secara rasmi, bermakna lebih mudah bagi mereka untuk melakukan hal berasingan bila berpisah kelak.

Menerusi rancangan The Hills: New Beginnings, Kaitlynn dan Brody mempunyai pandangan yang berbeza tentang anak. Brody selesa hidup bebas tanpa sebarang komitmen sedangkan Kaitlynn mahukan cahaya mata menemani kehidupan mereka.

Bila Kaitlynn dilihat intim dengan Miley Cyrus?

Seminggu selepas perpisahan Kaitlynn dan Brody, Kaitlynn ditangkap menyertai percutian Miley ke Lake Como, Itali dan mereka dilihat asyik bercumbuan. Pasangan biseksual itu kelihatan selesa bersama sepanjang percutian atas kapal layar mewah, malah ianya terjadi selepas Liam dan Miley mengumumkan mereka sudah putus.

Foto – E!Online

Adakah Kaitlynn bercinta dengan Miley?

Yang pasti selepas menghabiskan masa bersama di Itali, Kaitlynn dan Miley dilihat semakin mesra dan langsung tidak berahsia. Paling jelas bila Kaitlynn menemani Miley menghadiri MTV VMA beberapa minggu sudah. Ada laporan menjelaskan pasangan ini sepakat mahu tinggal bersama.

Seorang sumber mengatakan: “Miley sekarang hidup dengan baik, dia langsung tidak menyesal dan bahagia dengan Kaitlynn.”

Foto – Page Six

Penulis bukanlah mahu menilai hubungan Miley tapi melihat pada lifestyle wanita muda ini, Miley adalah gadis bandar, selesa hidup bebas walhal Liam sebaliknya. Lebih menggemari kehidupan yang jauh dari lensa kamera paparazi, tumpuan media, more to ‘family man’.

Sayang kerana Miley pernah teruk kecundang bercinta dengan Liam sehingga menjadi liar dan sekarang memilih untuk hidup bersama jantina sejenis. Why Miley? 

Tags: kaitlynn cartermiley cyrusmiley cyrus biseksualmiley cyrus dan kaitlynn cartermiley cyrus dan liam hemsworthmiley cyrus lgbtqsiapa kaitlynn carter
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.