Mask muka pakai setiap hari? Bagus atau ada buruknya?
Penulis biasa menonton variety show Korea, di situ kerap lihat selebriti memakai sheet mask hampir setiap malam. Kiranya mereka bertukar kepada sheet mask untuk mendapat manfaat yang sama pada serum atau sekadar menggantikan krim malam.
Walaupun ia adalah rejim kecantikan orang Korea tetapi perlu diingatkan untuk kegunaan sheet mask setiap hari anda kena elak berhati-hati dengan sheet mask ‘anti-aging’ atau kesan anti-penenuaan. Ia mengandungi glycolic-acid yang terlalu kuat dan boleh menyebabkan iritasi kulit.
Untuk info lanjut, baca artikel ini : Pakai ‘Sheet Mask’ Setiap Hari, Beri Bahaya Atau Kebaikan?
Tetapi sebaliknya berlaku untuk jenama yang satu ini. Jenama penjagaan kulit estetik Korea, AHC kini membuat kejutan menerusi rangkaian mask muka premium Vital Medica yang baru.
Kelebihan Digunakan Setiap Hari
Rangkaian mask muka AHC Vital Medica diperkaya dengan sebotol penuh serum AHC, yang terkenal dengan manfaat khasiat dan pelembapnya. Diformulasikan daripada bahan selulosa lembut, mask ini juga muat dengan sempurna pada kontur wajah, membolehkan khasiat diserap dengan cepat dan sekata untuk membantu mendapatkan kulit kulit lembut ‘Chok Chok’ yang menjadi idaman di Korea.
Untuk hasil yang terbaik, semua masker AHC perlu didinginkan sebelum digunakan sehingga jangka suhu di belakang pek bertukar menjadi warna hijau. Sensasi dingin menambahkan kesan yang menenangkan pada kulit untuk mengurangkan keradangan dan mengecilkan liang malah menjadikan kulit bersedia menyerap semua bahan yang berkhasiat.
Berbalik kepada persoalan pengguaan mask muka setiap hari, jenama AHC percaya bahawa memakai mask muka merupakan bahagian penting dalam rutin penjagaan kulit harian seseorang sebagai cara yang berkesan untuk meningkatkan tahap penghidratan dan merawat masalah kulit. Membiarkan masker AHC di muka untuk tempoh masa tertentu dapat membantu bahan berkhasiat menyerap ke dalam kulit, sama seperti penggunaan serum. Jadi menggunakan mask muka setiap hari bergantung pada keadaan kulit amat digalakkan.
Mask Muka Vital Medica
AHC Premium Hydra Gold Foil Mask (sekotak RM131), setiap helaian diperkaya dengan bahan-bahan penghidratan. Termasuk Vitamin B5, yang melega dan melembapkan kulit, serta Asid Hyaluronic yang mempunyai keupayaan memberi kelembapan sama ada untuk kulit kering dan sensitif. Bahan dipatenkan juga ditambah untuk melindungi kulit dan menyuburkan lapisan dalaman yang dapat mencegah penuaan.
AHC Premium Hydra Soother Cellulose Mask (sekotak RM109), penyelamat untuk kulit kusam dan letih. Mengandungi Vitamin B5 untuk penghidaratan, 50% larutan Asid Hyaluronic yang membekalkan kulit dengan kelembapa padu dan menenangkan.
AHC Premium Vital C Complex Cellulose Mask (sekotak RM109), bagi mereka yang ingin mencerahkan kulit. Mask muka ini penuh dengan larutan ekstrak 50% lemon yang mencerahkan, melega dan membersihkan kulit. Vitamin C pula mencerahkan bintik-bintik hitam serta menyerikan kulit yang tidak sekata.
Jadi dapatkan kulit berkaca bak artis Korea dengan seleksi mask muka AHC Vital Medica di semua Watsons sekitar Malaysia.