Sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan ini, Cadbury jenama konfeksi kesukaan Malaysia di bawah jenama makanan ringan terkemuka iaitu Mondelez International tampil dengan pelancaran coklat edisi terhad iaitu Cadbury Dairy Milk Durian eksklusif untuk pasaran Malaysia!
Apa yang menarik bagi pelancaran coklat berperisa baharu ini adalah, Cadbury Dairy Milk menjalinkan kolaborasi bersama kartunis ikonik Malaysia iaitu Datuk Lat, dimana ilustrasi lukisan Datuk Lat dipaparkan pada bungkusan produk terpilih Cadbury Dairy Milk.
Menggunakan raja buah sebagai fokus utama coklat edisi terhad ini, Pengurus Kategori Malaysia iaitu encik Rahul Mathur berkongsi pandangannya terhadap keluaran coklat edisi terhad ini.
Rasa enak coklat ikonik Cadbury Dairy Milk yang digandingkan dengan rasa unik buah durian pastinya akan mencuit panca indera rakyat Malaysia.
Menariknya untuk bungkusan perisa edisi terhad terbaru ini akan mempaparkan lukisan tangan oleh ikon kartunik Malaysia iaitu Datuk Lat. Ilustrasi itu memaparkan Lat seorang budak kampung dalam tiga senario yang berbeza.
- Masyarakat yang bekerja secara harmoni membina jambatan
- Perhimpunan menjamu durian
- Lat dan Epit bersama-sama menanam poko durian.
Lukisan ini tertumpu kepada tema semangat kebersamaan Malaysia dalam membantu diantara satu sama yang lain di dalam persekitaran dusun.
Coklat Cadbury Dairy Milk Durian ini kini boleh di dapati di pasaraya dan pasaraya besar utama di seluruh negara dengan harga jualan sebanyak RM8.50 untuk 165g yang bermula sekarang sehingga 30 September 2019. Manakala kotak hadiah edisi terhad yang memaparkan ilustrasi Datuk Lat boleh dibeli secara eksklusif di Shopee dengan harga RM42.90.