Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Jom Serbu Fan Meeting Lee Seung Gi 30 November Ini!

by Mas Idayu
August 16, 2019
Foto - idntimes.com

Foto - idntimes.com

5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting <Vagabond Voyage> akan menemui peminat di Malaysia pada 30 November 2019 ini. Manakala fan meeting di Bangkok akan diadakan pada 19 Oktober 2019 dan fan meeting di Singapura akan dijalankan pada 26 Oktober 2019.

Fan meeting ini telah lama di tunggu-tunggu oleh peminat Lee Seung Gi di rantau Asia ini. Kehadiran Lee Seung Gi yang di temani oleh peminatnya ini sekaligus menandakan sambutan ulangtahun yang ke-15 artis berbakat besar ini.

Fan meeting di Jepun dan di Taipei telah berjalan dengan jayanya, malah ramai peminat yang hadir membanjiri pertemuan diantara peminat dan artis yang digilai ramai ini.

Foto – PEP.ph

Menariknya tema nama bagi fan meeting ‘Vagabond Voyage’ ini diambil menerusi inspirasi daripada drama terbaru penyanyi dan pelakon berusia 32 tahun ini yang memiliki nama drama yang sama  iaitu ‘Vagabond (2019)’.

Menerusi drama terbaru Lee Seung Gi ini, beliau memegang watak sebagai pelakon aksi yang di kenali sebagai Cha Dal Gun dan bersama-sama berganding bahu menjayakan drama ini adalah penyanyi dan pelakon Bae Suzy! Pastinya drama ini akan memberikan kelainan dan thrill yang unik.

Foto – Asian Drama News

Drama yang bergenre aksi dan thrill ini merupakan drama spy yang akan mula di tayangkan pada bulan September 2019 di siaran SBS dan Netflix untuk penonton di seluruh dunia!

Menyentuh tentang Lee Seung Gi, beliau memiliki gelaran artis “Triple Crown” di mana Lee Seung Gi memboloti ke semua carta nyanyian, lakonan dan mengacara. Lee Seung Gi yang telah debut sejak 2004 ini telah mengeluarkan pelbagai siri lagu popular seperti

  • Will You Marry Me
  • Because You’re My Woman
  • Return
Foto – Pinterest

Selain itu, Lee Seung Gi juga telah memegang pelbagai watak utama yang unik dan popular di mana mengukuhkan lagi bakatnya di dalam dunia lakonan. Antara drama popular yang telah di bawa oleh Lee Seung Gi adalah

  • Vagabond (2019)
  • A Korean Odyssey (2018)
  • My Girlfriend Is A Nine-Tailed Fox (2010)
  • Gu Family Book (2013)

Bagi peminat tegar Lee Seung Gi, pasti ramai yang mengetahui bahawa Lee Seung Gi merupakan ahli tetap bagi variety show yang di kenali sebagai “Master in The House” yang telah di tayangkan di stesen SBS sejak 2017. Dan Lee Seung Gi juga terlibat di dalam variety show yang terbaru yang dikenali sebagai “Little Forest”.

Dan program ini akan mula di tayang pada bulan Ogos ini yang menampilkan Lee Seung Gi dan beberapa ahli yang lain dengan persekitaran mesra day-care di mana kanak-kanak dapat bermain dan menikmati alam sekitar. Selain itu, program Netlflix siri asal “Detective variety show” ini akan menampilkan kehadiran Lee Seung Gi buat musim kedua siri tersebut.

Foto – IMC Live Global

Kembali ke fan meeting Lee Seungi Gi ini, peminat akan berpeluang menghabiskan waktu malam dengan berjumpa secara dekat dengan artis popular ini. Malah Lee Seung Gi juga akan berkongsi tentang dirinya serta pengalamannya sepanjang berada di dalam industri.

Bukan itu sahaja, peminat juga akan di hidangkan dengan nyanyian, lakonan dan kemahiran mengacara oleh Lee Seung Gi dan di temani dengan beberapa rakan artis beliau. Wow bestnya!

Foto – IMC Live Global

Bagi yang membeli tiket VIP dan pemegang tiket yang terpilih, pihak IMC Live Global akan memberikan fasiliti sesi yang hi-touch selepas persembahan tamat. Tambahan lagi ke semua pemegang tiket VIP akan menerima hadiah istimewa daripada Lee Seung Gi dan 100 peminat bertuah berpeluang untuk memiliki poster yang telah di tandatangan oleh Lee Seung Gi!

Foto – IMC Live Global

Tiket 2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting <Vagabond Voyage> di Kuala Lumpur ini boleh di beli menerusi agen tiket iaitu AirAsia RedTix [SINI]. Manakala penjualan pre-sale untuk pelanggan Astro dan juga peminat IMC Live Global yang men-subscribe IMC Live Global Newsletter boleh mendaftar di [SINI] sebelum tarikh pre-sale bermula.

Tarikh Pre-Sale

  • 21 – 22 Ogos 2019, 10 pagi (Pelanggan Astro)
  • 23 Ogos 2019, 10 pagi (Peminat IMC Live Global)

Tarikh Penjualan Untuk Umum

  • 24 Ogos 2019, 10 pagi
Foto – Time Out

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, anda boleh melayari laman sesawang [SINI], jadi simpan tarikh keramat di atas dan serbu tiket fan meeting Lee Seung Gi dengan segera!

Tags: 2019 Lee Seung Gi Asia Fan Meeting Vagabond VoyageFan Meeting 2019Hook EntertainmentIMC Live Globallee seung giLee Seung Gi Fan Meeting 2019 Kuala LumpurLee Seung Gi Vagabond VoyageLee Seung Gi Vagabond Voyage Di Kuala LumpurVagabond Voyage
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Fesyen

Suka Gaya Jalanan Hailey Bieber, Item Ini Kamu Kena Ada

by IamLisa
May 25, 2022
0

Siapa sukakan stail jalanan Hailey Bieber? Becauce, we are! Kali ini penulis ingin fokus pada fesyen Hailey Bieber yang banyak...

Baca Lagi
Foto - The Taaras Beach & Spa Resort
Gaya Hidup

Resort Pantai Di Malaysia Ini Jadi Idaman Pasangan Romantik!

by Sofie Azizlan
May 25, 2022
0

Cuba bayangkan bangun tidur bersama tersayang sambil melihat pemandangan luar bilik; laut biru terbentang luas, jernih dan sangat tenang. Romantik...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Ahli Dermatologi Kata Jangan Guna Produk Ini Pada Waktu Panas Terik

by Sofie Azizlan
May 25, 2022
0

Pasti di kalangan kita ada yang tidak tahu bahawa beberapa produk skincare sebenarnya tak sesuai dipakai dalam sesetengah keadaan cuaca....

Baca Lagi
Foto - Western Australia
Gaya Hidup

Western Australia Mengalukan Rakyat Malaysia Untuk Kembali Mengembara

by IamLisa
May 25, 2022
0

Mulakan pengembaraan di Australia Barat, dengan tarikan dan aktiviti baru menanti kamu yang lebih menghiburkan.! Nampaknya makin banyak negara yang...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.