Tergempar apabila laporan di keluar oleh Dispatch menyatakan bahawa Jihyo daripada kumpulan K-pop terkenal TWICE sedang hangat berpacaran dengan Kang Daniel. Menurut Dispatch, Kang Daniel dan Jihyo di lihat keluar dating di kawasan kejiranan di Hannam, Seoul pada 1 Ogos baru-baru ini.
Kedua-dua pasangan sejoli ini di laporkan mula berpacaran pada awal tahun ini. Mereka berdua akan berjumpa di rumah Kang Daniel di mana Jihyo akan memandu kereta untuk pergi ke rumah Kang Daniel. Jihyo daripada kumpulan TWICE dan Kang Daniel tinggal di kawasan kejiranan perkampungan UN.
https://www.youtube.com/watch?v=I1GFPs3n2f0
Selain itu, menurut sumber rapat kedua-dua idol popular ini berkongsi bahawa pertemuan mereka di satukan oleh senior yang rapat dengan artis terbabit.
Seorang senior yang rapat kepada Kang Daniel dan Jihyo memperkenalkan mereka berdua.
Menerusi perkembangan penyiasatan, Dispatch melaporkan bahawa Kang Daniel bertemu Jihyo seminggu sekali.
Manakala dari pihak agensi bagi ke dua-dua idol ini iaitu JYP Entertainment (TWICE) dan KONNECT Entertainment (Kang Daniel) masing-masing memberi kenyataan yang sama iaitu
Kami telah melihat laporan tersebut dan sedang menyelidiki tentang kesahihan tersebut.
Apa-apa pun ianya satu berita gembira buat pasangan sejoli ini dan di harap hubungan Kang Daniel dan Jihyo dari kumpulan TWICE akan berkekalan!