Tahu tak kenapa kulit wajah wanita Vietnam kelihatan gebu dan mulus? Ini kerana mereka memiliki rutin penjagaan kulit yang sangat rapi! Ya, mereka cukup menjaga rutin penjagaan wajah dan hasil usaha gigih demi mendapatkan wajah yang cantik dan licin.
Sebenarnya rutin yang dilakukan oleh wanita Vietnam ini cukup mudah dan bersahaja. Oleh itu tanpa berlengahkan masa, Wanista kongsikan rutin penjagaan wajah yang di lakukan oleh wanita Vietnam di bawah!
Cuci Wajah 2 Kali Sehari Dengan Pencuci Wajah Yang Sesuai
Mencuci wajah secara harian merupakan aspek penting dan ianya bukanlah satu rahsia tetapi bagi wanita di Vietnam, mereka sangat menitik beratkan isu memcuci wajah kerana cuaca dan suhu di sana sangat panas dan lembap. Di mana dengan keadaan cuaca dan suhu yang sedemikian membuatkan kulit wajah wanita Vietnam mudah timbul jerawat, gatal-gatal, kering berminyak dan pelbagai jenis masalah kulit yang lain.
Oleh itu, mereka akan membasuh wajah dua kali sehari dan menggunakan pencuci wajah yang selamat dan bagus untuk kulit mereka. Untuk pengetahuan semua, penting untuk mengetahui produk pencuci muka yang manakah sesuai untuk kulit anda. Kebanyakan wanita Vietnam menggunakan produk daripada Cetaphil, Pond’s, Clean&Clear, Innisfree dan pelbagai jenama terkenal yang lain.
- Cari pencuci wajah yang bersesuaian dengan kulit wajah
- Cuci wajah dua kali sehari pada waktu pagi dan pada waktu malam sebelum masuk tidur.
Wap Wajah 2-3 Kali Seminggu
Yup, meraka juga rajin melakukan wap wajah 2 hingga 3 kali seminggu. Bukan mudah nak kekal cantik dan ianya haruslah di lakukan secara konsisten. Untuk permulaan, pastinya anda berasa malas dan payah tetapi seperti bak kata pepatah alah bisa, tegal biasa tak gitu? Lagi pula aktiviti pengewapan wajah ini banyak manfaatnya antaranya:
- Dapat membersihkan liang pori
- Memudahkan kulit untuk menyerap produk penjagaan wajah dengan mudah
- Melancarkan perjalanan darah di wajah dan sekaligus membuatkan wajah menjadi sihat, segar dan bersinar.
- Membantu membuang toksik
- Memberikan rasa relax kepada wajah
Nah, oleh kerana manfaat pengewapan wajah yang terlalu banyak, maka wanita-wanita melakukan aktiviti pengewapan wajah sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu. Dan hasilnya, kulit wajah mereka bersih dan licin! Untuk kecapi wajah sedemikian rupa bukannya mudah, mereka bekerja keras untuk mendapatkan wajah yang licin dan bersih seperti itu.
Wajib Guna Sunscreen!
Cuaca yang panas di Vietnam merupakan musuh ketat bagi wanita di sana, oleh itu sunscreen merupakan sahabat karib bagi wanita-wanita Vietnam. Dengan kepelbagaian jenis sunscreen yang terdapat di pasaran, ia umpana perisai yang melindungi wajah serta kulit wanita Vietnam dengan ketat!
Penggunaan sunscreen ini di ibarat seperti nyawa mereka. Jadi tidak hairan kulit mereka cantik kerana di lindungi dengan penggunaan sunscreen yang power! Anda jangan ambil remeh dengan sinaran UV yang di pancarkan oleh matahari, ianya mampu membuatkan kulit mudah kering dan mengelupas jika anda tidak melindungi kulit wajah dengan produk pelindung seperti sunscreen.
Kena Rajin Guna Masker Wajah
Wanita Vietnam juga rajin menggunakan masker wajah, demi mendapatkan raut wajah yang bersinar dan sihat mereka percaya dengan penggunaan masker wajah yang berasaskan bahan semula jadi seperti teh hijau, kunyit, madu, yogurt, oatmeal, buah-buahan dan pelbagai jenis bahan semula jadi yang digunakan untuk di buat sebagai masker wajah.
Jadi tidak hairanlah jika wajah wanita Vietnam bersih, bersinar dan licin. Mereka rajin memakai masker wajah. Hasilnya cukup membuatkan senyuman hingga ke telinga! Nah, bagi yang inginkan kulit lawa seperti wanita Vietnam, anda harus rajin memakai masker wajah tau.
Guna Pelembap Dan Urut Wajah Setiap Hari
Oleh kerana cuaca yang terlalu panas di Vietnam, kulit wanita Vietnam mudah kering dan mengelupas. Untuk mengatasi masalah itu, mereka akan memakai pelembap untuk melembapkan kulit dan sekaligus mengekalkan rutin penjagaan wajah. Selain menggunakan pelembap wajah dan kulit yang bersesuaian, urutan senaman wajah juga penting untuk mengekalkan bentuk wajah yang ideal.
Tambahan lagi, urutan wajah juga dapat menghilangkan keletihan yang terdapat pada wajah, melancarkan perjalanan darah pada wajah dan dapat membuatkan wajah menjadi lebih segar dan sihat!
Nah di harap sedikit sebanyak perkongsian kali ini dapat memberi pencerahan tentang rutin penjagaan wajah wanita Vietnam dan jika anda berasa rutin yang di lakukan oleh wanita Vietnam ini bersesuaian dengan anda, anda boleh mencubanya. Mana tahu kesannya lebih bagus dan kulit wajah anda selepas ini akan lebih licin, gebu, mulus dan bersinar!