Sutradara Rizal Mantovani kembali menemui penonton Malaysia dengan filem seram, Kuntilanak 2. Ini adalah sekuel dari Kuntilanak yang disiarkan pada tahun lepas yang mencatatkan kutipan pecah panggung sebanyak RM1.3 juta hanya di Malaysia saja.
Kali ini, Kuntilanak 2 mengetengahkan kisah seorang wanita bernama Karmila yang mengaku dirinya adalah ibu kandung Dinda, pergi ke rumah Makcik Donna dan meminta Dinda melawat rumahnya di dalam hutan. Kerana mahu meluangkan masa bersama ibunya, Dinda pergi ke rumah itu tanpa persetujuan Makcik Donna. Akibatnya dia terperangkap di dalam rumah tersebut bersama adik-adik dan rakan-rakannya. Kejadian aneh mula berlaku dan lebih teruk lagi apabila Dinda, yang sebelumnya pernah bertembung dengan makhluk ghaib wanita bergelar Kuntilanak, perlu berdepannya semula. Kali ini ia berbeza daripada makhluk sebelumnya yang dihapuskan menggunakan sihir.
Trailer Kuntilanak 2
Tayangan Kuntilanak 2
Tempat – TGV 1 Utama
Tarikh – 22 Julai 2019, Isnin
Masa – 8.45 malam
Dibarisi bintang hebat seperti Sandrinna Michelle, Andryan Bima, Ali Fikry, Adlu Fahrezy, Ciara Nadine Brosnan. Ikuti pengambaraan mereka dengan memenangi sepasang tiket filem “Kuntilanak 2” pada 22 Julai depan dengan menjawab satu soalan mudah.
Soalan
Namakan sutradara yang mengarah filem Kuntilanak 2?
Syarat Pernyataan
- Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
- PENTING! Pihak Wanista akan mengutamakan peserta yang mendiami kawasan sekitar Selangor dan Lembah Klang sahaja dan ini bagi mengelak kecelaruan pada hari tayangan.
- Jawapan boleh dihantar ke alamat email [email protected] dengan tajuk Kuntilanak 2.
- Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Nombor Telefon Pintar dan Alamat Rumah.
- Peraduan ini hanya sah dari 15 hingga 21 Julai 2019.
- Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.
- Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem Kuntilanak 2 pada 22 Julai 2019 (Isnin) dari jam 8.00 hingga 8.30 malam di TGV 1 Utama.
Semoga Berjaya ❤