Bagi yang sedang bercinta mahupun yang masih solo dan ingin mencari pasangan, mungkin ini adalah kupasan menarik untuk dihidangkan kepada anda agar dapat membantu anda dalam mengekalkan hubungan yang romantik bagi pasangan yang sedang hangat bercinta, mahupun yang sedang mencari pasangan diri.
Di sini wanista sajikan maklumat menarik tentang cara mengurat yang tersayang berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan. Menarik betul, nak mengurat orang yang kita suka pun boleh berkait rapat dengan sains tau!
Ketahui 13 Fakta Sainstifik Menarik Untuk Mengurat Si Dia!
Mengurat Berkait Rapat Dengan Biologi
Saintis telah lama membuat spekulasi tentang pheromone atau kimia yang di keluarkan dari tubuh badan manusia memberi kesan terhadap orang di sekelilingnya dari segi reaksi tarikan fizikal.
Guna Aplikasi Untuk Mengurat
Berdasarkan mesej yang di analisa menerusi aplikasi dating mendapati penggunaan perkataan yang menarik mendapat respon yang terbaik. Bagi lelaki menggunakan perkataan “Cantik” kepada wanita menjurus 20 peratus masa perbualan. Manakala bagi wanita yang menghantar mesej pertama kepada lelaki kurang mendapat respon tetapi dengan menggunakan perkataan”Bagus/Baik” ia mendapat respon.
Mengurat Bergantung Kepada Strategi
Kajian yang di jalankan oleh professor di University of Pennsylvania mendapati individu yang mengurat berdasarkan situasi yang sesuai dengan strategi mereka, di lihat berjaya dalam menggoda pasangan masing-masing.
Lima Jenis Stail Mengurat
Penyelidik menerangkan terdapat lima jenis stail mengurat yang berlainan iaitu:
- Mengurat secara fizikal, di mana mereka menyentuh individu yang diminati.
- Mengurat secara tradisional, di mana si jejaka yang memulakan langkah pertama.
- Mengurat secara bermain permainan, di mana mereka menggunakan interaksi permainan untuk menarik perhatian.
- Mengurat secara ikhlas, di mana mereka secara mudah untuk berterus terang tentang diri mereka kepada potensi pasangan/ pasangan sedia ada.
- Mengurat secara bersopan santun, di mana mereka mendekati individu yang di sayangan dengan tertib dan bersahaja.
Keluarkan Signal Mengurat
Menurut Judy Dutton yang merupakan penulis buku How We Do It: How the Science of Sex Can Make You a Betetr Lover. menyatakan bahawa manusia yang tertarik kepada individu berlainan jantina akan mengeluarkan 35 signal mengurat dalam tempoh sejam! Dan sekaligus menunjukan bahawa diri mereka adalah solo dan dalam misi mencari jodoh!
Senyuman Membawa Seribu Makna
Dengan menerusi senyuman sahaja dapat memberi hints menggoda yang tersendiri dan sinar cahaya yang terdapat di anak mata akan menceritakan seribu cerita hati kepada si dia!
Umur Bukan Halangan
Mengikut tinjauan yang di jalankan oleh flirtomatic.co.uk, mendapati sebanyak 83 peratus lelaki tidak kisah tentang faktor umur ketika mengurat pasangan mereka!
Jumlah Mengurat Lebih dari Satu
Lebih 65 peratus manusia mengurat pasangan mereka lebih dari lima kali sehari dan ada juga yang menyatakan tidak mengetahui berapa kali mereka mengurat individu tersayang.
Mengurat Meningkatkan Daya Tarikan
Psikologi evolusi daripada University of New Mexico, Steven W Gangestad menyatakan mengurat dapat meningkatkan daya tarikan si pengurat. Ia umpama ujian untuk menguji si pasangan dengan proses sesi soal jawab bersama pasang yang di kenali seperti ” Saya berminat terhadap kamu, adalah kamu berminat dengan saya”
Tarikan Karakteristik Bergantung Mengikut Jantina
Kedengaran pelik bukan? tetapi kajian yang di jalankan terhadap 1041 orang dengan imej ekspresi wajah yang berbeza mendapati bahawa “kebahagian” merupakan daya tarikan yang menarik bagi wanita yang memiliki eksperisi wajah paling menarik!
Manakala si lelaki mempamerkan ekspresi maruah di lihat lebih menarik. Dan manakala bagi eksperimen malu pula, kedua-dua lelaki dan wanita menunjukkan ekspresi yang menarik!
Perbualan Kecil Merapatkan Hubungan
Menerusi perbualan kecil tentang diri individu yang di minati dapat merapatkan perhubungan, ini kerana berdasarkan yang telah dijalankan oleh University of New York mendapati dua peserta yang berbual tenting diri masing-masing dan saling meminati sesama sendiri di dapati, saling jatuh cinta selepas enam bulan mengambil bahagian dalam kajian tersebut. Semuanya bermula dengan perbualan kecil!
Pasangan Yang Telah Berkahwin Juga Perlu Mengurat!
Pasangan yang sedang hangat bercinta atau yang telah berkahwin juga perlu kekalkan aktiviti mengurat untuk hubungan kekal aktif dan berpanjangan. Kajian yang di lakukan oleh University of Kentucky terhadap 164 pasangan yang telah berkahwin mendapati, mereka tetap kekalkan aktiviti mengurat terhadap pasangan masig-masing.
Mengurat Kerana Enam Motif Ini
Kajian daripada professor David Dryden Henningsen dari Northern Illinois University mendapati terdapat enam jenis motif seseorang itu cuba mengurat:
- Keinginan seks
- Sekadar suka-suka
- Ingin meneroka alam perhubungan
- Ingin meningkatkan tahap keintiman hubungan
- Meningkatkan keyakinan diri
- Cuba mendapatkan sesuatu dari pasangan
Cukup sudah serba sedikit huraian tentang isu mengurat beserta fakta dan saintifik yang dapat wanista kongsikan bersama anda. Semoga ia dapat menambah pengetahuan anda serba sedikit tentang perhubungan terutama fungsi mengurat ini!