Malaysia sedang dilanda demam Bubble Tea. Kehadiran pelbagai jenama umpama cendawan tumbuh selepas hujan, terlalu banyak yang tidak terkata.
Baca : 15 Top Bubble Tea Famous Yang Digilai Ramai!
Mengikuti trend, Starbucks tidak terkecuali mengeluarkan minuman bubble cumanya dalam versi kopi pula. Dinamakan Dark Caramel Coffee Sphere Frappuccino hanya tersedia di Asia Tenggara sahaja – Malaysia, Singapura dan Filipina.
Minuman ini merupakan gabungan kopi frappuccino dengan sos karamel berkrim dan ditambah dengan tapioca pearl yang diletakkan di bawah dan ditabur di atasnya juga bersama sos karamel.
Bagaimana Rasanya?
Menurut rakan penulis yang telah mencubanya, boba tidak sama seperti yang lain, yang perlu mengunyah. Boba Starbucks bila diminum akan pecah dengan sendirinya dan mengeluarkan rasa kopi. Malah saiz juga tidak besar, kecil serupa telur ikan. Ramai yang mencuba menyukai rasa minuman ini dan ketagih kerana keunikan kopi tersebut.
Dark Caramel Coffee Sphere Frappuccino dijual dengan harga runcit RM17.50 sahaja.