BTS Lagi.. Nak buat macam mana, dah mereka tengah menguasai dunia sekarang.
Bukan cerita BTS ingin penulis bicara tapi koleksi BT21. Pada yang tidak tahu, BTS kolaborasi bersama Line Friends menghasilkan karakter mereka sendiri – Tata, Mang, Chimmy, RJ, Koya, Cooky, Shooky, dan Van.
Menariknya, sejurus selepas pelancaran BT21, pelbagai kerjasama telah terjadi dan rangkaian produk sold out serata dunia – antaranya Mediheal, Converse, Dunkin’ Donuts, Paris Baguette, Reebok, VT Cosmetics dan banyak lagi.
Terkini, jenama fesyen Spao dan Uniqlo telah mengumumkan kerjasama mereka bersama BT21 menerusi pengumuman istimewa di laman media sosial. Koleksi ini menawarkan set hoodies, pajama tidur, t-shirt, serta pelbagai lagi.
Seperti biasa BTSARMY menerima khabar berita dengan penuh teruja dan girang sekali. Rata-rata mereka tidak sabar mahu mendapatkan koleksi mampu milik yang dijangka akan keluar sekitar minggu hadapan.
UniqloxBT21 akan keluar pada 21 Jun 2019 di serata dunia.
SpaoxBT21 pula akan mula dijual pada 17 Jun 2019 secara atas talian dan 21 Jun di kedai terpilih sahaja.
https://www.instagram.com/p/ByxKonmlp7W/
https://www.instagram.com/p/ByxOtL-lgND/
Wanista jangkakan koleksi ini akan laku keras sebaik sahaja dilancarkan. Good Luck ARMY!