Baru-baru ini, kecoh tentang produk popular Himalaya Salt Sports Candy (Himalaya Salt Extra Cool Mint Candy – Lemon Flavour) dijual tiruan menerusi saluran jualan yang tidak sah.
Pihak kilang pengeluaran Nicko Jeep yang menghasilkan gula-gula Himalaya Salt Sports Candy memandang serius tentang perkara ini menjelaskan gula-gula Himalaya Salt Sports Candy mendapat persijilan HACCP, GMP dan MESTI. Bahkan telah disahkan HALAL oleh JAKIM tetapi gula-gula tiruan ini tidak mempunyai sijl dan tidak selamat untuk dimakan.
Cara Kenal Pasti Gula-Gula Himalaya Yang Asli dan Tiruan
Pembungkusan tiruan menggunakan fon tulisan yang berbeza pada bahagian bawah yang menerangkan fungsi gula-gula iaitu ‘Increase Hydration, Throat Soothing, Fresh Breath’ dan perkataan ‘Sports Candy’ ditulis agak kabur sedikit. Manakala pada bahagian belakang, perkataan ‘Manufacturer In Malaysia By’ digunakan dan bukannya ‘Manufacture In Malaysia By’.
Satu lagi perbezaan yang ketara antara pek asli dan tiruan ialah jarak antara Delfi Marketing Sdn. Bhd. dengan alamat mel.
Semasa membeli gula-gulan Himalaya Salt Sports Candy, sila ambil perhatian terhadap Lot No 19C02 dengan tarikh tamat 15/03/2021. Ini merupakan produk tiruan.
“Kami telah melaporkan perkara ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan kami harap tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini. Sementara itu, kami mengesyorkan pelanggan untuk membeli gula-gula Himalaya Salt Sports Candy daripada penjual yang terkemuka dan sekiranya tidak pasti, sila hubungi kami di info@candy.com.my atau https://www.facebook.com/bigfoot.my/,” jelas mereka.
Hati-Hati ketika Membeli!