Siapa sangka ketua kumpulan idol Korea terkenal, iKON terlibat di dalam skandal pengambilan dadah secara haram pada 3 tahun lalu. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh agensi Dispatch, B.I di dapati terlibat dengan penggunaan dadah secara haram.
Berikut kes tersebut, B.I mengeluarkan surat memohon maaf kepada peminatnya dan sekaligus mengumumkan untuk keluar dari kumpulan. Ini surat penjelasan daripada B.I:
Ini adalah Kim Han Bin.
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf diatas perbuatan yang tidak bermoral yang telah saya lakukan dan telah menyebab berlaku isu kritikan daripada masyarakat.
Semua yang terjadi adalah benar, saya telah mengambil sesuatu yang tidak sepatutnya saya ambil semasa saya menghadapi saat getir dan susah. Meskipun begitu, saya juga berasa takut untuk melakukan tindakan tersebut.
Walaubagaimanapun, saya berasa malu dan memohon maaf kepada para peminat dan ahli kumpulan yang kecewa dan menderita kerana kata-kata dan perbuatan saya.
Saya dengan rendah diri akan keluar dari kumpulan dan belajar dari kesilapan saya.
Sekali lagi, saya menundukkan kepala memohon maaf kepada para peminat dan ahli kumpulan. Maafkan saya.
https://www.instagram.com/p/BymUNfkA641/?igshid=1h53qmmxh7f0b
Sejurus pengumuman daripada B.I, syarikat media hiburan terbesar Korea, YG Entertainment mengesahkan pengumuman B.I untuk keluar daripada kumpulan iKON dan sekaligus membatalkan kontrak miliknya.