Wanista berpeluang menggunakan produk terlaris SK-II iaitu Facial Treatment Essence yang mengetengahkan kebaikan Pitera yang luar biasa hebatnya.
Apakah Pitera?
Jadi apa yang menjadikan Facial Treatment Essence kunci kepada kulit yang hebat? Satu perkataan – Pitera.
Pitera adalah ramuan utama dalam semua produk SK-II. Anda mendengar ramai orang memuji kebekesanannya, tetapi adakah anda tahu tentangnya? Ditemui pada tahun 1970-an, Pitera adalah ramuan bio yang mengandungi lebih daripada 50 mikronutrien yang memberi kebaikan untuk kulit lebih jelas dan bersinar. Ia ditemui apabila para saintis SK-II melihat tangan lembut pembuat bir yang sangat berbeza dengan wajah berkedut. Pencarian lebih daripada 350 jenis yis telah dijalankan sebelum saintis SK-II menemui rahsia yis unik yang menghasilkan Pitera.
Jadi, bagaimanakah ramuan ini berfungsi untuk membantu anda mencapai kulit bersih bak kristal?
Meningkatkan fungsi semula jadi kulit
Pitera mengandungi kesimbangan Vitamin, Asid Amino, Mineral dan Asid Organik yang berfungsi bersama untuk membolehkan proses keremajaan berlaku pada kulit. Pitera mengandungi komponen yang serupa dengan Natural Moisturizing Factors (NMF) yang terdapat dalam kulit yang sihat, membantu mengekalkan penghidratan dan bersinar.
Memperkukuhkan fungsi perlindungan kulit
Memandangkan cuaca di Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun, Pitera berfungsi sebagai penghalang yang boleh menyebabkan kekeringan, kedutan, kusam akibat pencemaran alam sekitar, jadi kulit tetap berseri dan sihat.
IKLAN
Mencegah kerosakan permukaan kulit
Tiada lagi kulit yang kusam kerana bahan dalam Pitera berfungsi untuk mengelakkan kerosakan yang disebabkan UV, hal ini menjadikan kulit lebih berseri dan jelas bersih!
Adakah cukup sekadar menggunakan Pitera Essence?
Hanya menggunakan Facial Treatment Essence sahaja cukup untuk memperbaiki keadaan kulit yang tercemar, memandangkan dengan kelebihan 90% Pitera, jadi penggunaannya dalam rutin harian memang diakui. Malah, kajian juga menunjukkan bahawa aplikasi Facial Treatment Essence dapat membantu dalam penyerapan serum/pelembap yang lebih baik.
Jika anda ingin mengalami kuasa penuh Pitera, kami mengesyorkan kit percubaan SK-II – Pitera Welcome Set. Pitera Welcome Set adalah sempurna untuk individu yang baru mengenali produk penjagaan kulit mewah SK-II. Set mengandungi Facial Treatment Clear Lotion, Facial Treatment Essence dan R.N.A. POWER Radical New Age.
Penulis Review : Adakah Facial Treatment Essence berkesan?
Oleh kerana penulis menghabiskan masa dalam pejabat yang berhawa dingin, jadi kulit selalu terasa kering dan kusam. Ternyata penggunaan selama 14 hari berturut-turut memberi perubahan yang jelas berlaku pada kulit. Bukan sahaja kelihatan lebih lembut, tetapi juga lebih cerah dan lebih terhidrat daripada sebelum ini. Dengan faedah yang ketara dalam tempoh yang singkat, penulis sangat teruja untuk melihat penambahbaikan selanjutnya dengan penggunaan yang berterusan dan sangat mengesyorkan kepada pembaca mencuba ke’ajaiban air’ ini.
Di mana boleh dapatkan?
Adakah anda bersedia untuk mengubah kulit anda? Facial Treatment Essence ditawarkan dalam tiga saiz – 75 ml (RM 232), Facial Treatment Essence 160 ml (RM 515) dan Facial Treatment Essence 230 ml (RM 695). Untuk harga lebih murah, kami syor anda membeli Pitera Welcome Set hanya RM 252. Ini termasuk 30ml Facial Treatment Clear Lotion, 75ml Facial Treatment Essence dan 15g R.N.A. POWER Radical New Age. Anda boleh dapatkan di semua kaunter SK-II.
Artikel ini dibawakan oleh SK-II.