Wanista diberikan peluang untuk mengulas krim pelembap dari siri produk anti-penuaan SK-II R.N.A Power Airy Milky Lotion.
Ramai orang menganggap bahawa produk penjagaan kulit dilabelkan dengan “julat usia” tertentu – anda hanya boleh menggunakan setengah siri produk jika anda dalam kategori usia itu. Pada pendapat kami, ini tidak benar, terutamanya untuk penjagaan kulit anti-penuaan. Paling baik untuk menggunakan produk dengan formula anti-penuaan seawal usia 20-an, bukannya ketika tanda-tanda penuaan muncul. Pencegahan lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, adalah terbaik untuk bermula dengan awal sebelum terlambat. Penulis sangat teruja untuk memasukkan SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion dalam rutin penjagaan kulit. Mari kita ikuti perjalanan ini!
Untuk yang tidak tahu, siri produk SK-II R.N.A. (Radical New Age) terdiri daripada produk-produk yang berikut –R.N.A. Power Radical New Age, R.N.A. Power Essence, R.N.A. Power Airy Milky Lotion dan R.N.A. Power Eye Cream.
SK-II R.N.A Power Range
Apa itu siri produk R.N.A. Power? Ia adalah koleksi produk anti-penuaan yang disesuaikan khusus untuk menjaga kulit yang sihat dan muda. Salah satu ramuan utama dalam rangkaian ini adalah Pitera, rahsia SK-II untuk kulit kristal yang mengandungi lebih daripada 50 mikronutrien seperti vitamin, mineral, asid amino dan asid organik yang secara dramatik memperbaiki proses peremajaan kulit.
Bukan itu sahaja, barisan R.N.A. mengandungi RNArchitect Complex yang mengandungi hydrolyzed soy dan ekstrak yis bertujuan untuk menguatkan kulit bagi kelihatan muda!
SK-II R.N.A Power Airy Milky Lotion
Sekarang, produk utama dalam ini – SK-II R.N.A Power Airy Milky Lotion dirumuskan dengan Palmitoyl Pentapeptide-4 dan ekstrak Chlorella, di mana kedua-duanya bekerja untuk mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan. Ini memperbaiki tekstur kulit secara keseluruhan untuk terlihat awet muda.
Pandangan pertama bila melihat krim pelembap, penulis terkejut dengan tekstur pelembap yang ringan dan bagaimana ia mudah diserap ke dalam kulit. Kulit terasa segar dan licin selectas satu aplikasi sahaja. Yang menarik lagi, ia berfungsi hebat sebagai asas sebelum mekap.
IKLAN
Bagaimana Menggunakan SK-II R.N.A Power Airy Milky Lotion?
Untuk dapatkan kesan terbaik, gunakan krim pelembap ini selepas Facial Treatment Essence dan R.N.A. Power Essence. Urut krim ini ke dalam kulit dengan pergerakan menaik untuk menggalakkan pengukuhan kulit, bermula dari rahang ke kawasan pipi anda.
Tips Wanista : Sebaiknya semasa aplikasi krim ke muka, cuba urut dengan lembut untuk memastikan krim merebak dengan sama rata, bahkan antara garis halus yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Jangan lupa beri perhatian kepada kawasan bermasalah, terutamanya yang ada kedutan, seperti sekitar bibir, mata, dahi dan juga hidung.
Pengalaman Pakai Sebelum dan Selepas
Pada mulanya, kami juga berfikir produk anti-penuaan terlalu berat untuk wanita di usia 20-an. Namun, kami mengubah pendapat ini selepas pengalaman menggunakan SK-II R.N.A. Power Airy Milky Lotion.
Miliki kulit sensitif membuatkan penulis sentiasa berhati-hati mencari produk penjagaan kulit, terutamanya krim pelembap. Ternyata, SK-II Airy Milky Lotion sangat ringan dan menyerap ke dalam kulit dengan cepat, sekaligus mengatasi keraguan penulis terhadap keberkesanan pelembap untuk yang berkulit sensitif. Itu membuat kulit berasa licin tanpa tanda-tanda kerengsaan.
Penggunaan konsisten akan membuatkan kulit terasa lebih sihat, halus dan jelas. Walaupun penulis tidak mempunyai tanda-tanda penuaan yang boleh dilihat, tetapi penulis teruja untuk terus menggunakan produk ini sebagai sebahagian rutin supaya kulit lebih sihat dan awet muda. Seperti yang kita katakan, pencegahan lebih baik daripada mengubati, dan penulis sangat berpuas hati sejak menggunakan produk ini.
Harga
SK-II R.N.A Power Airy Milky Lotion (RM419 untuk saiz 50g, RM633 untuk 80g) dan kesemua siri SK-II R.N.A Power boleh didapati di kesemua kiosk kecantikan SK-II dan secara atas talian.
Artikel ini dibawakan oleh SK-II.