Ariana Grande, orangnya comel, kecil molek, manis tapi versi patung lilin yang terdapat di Madame Tussauds pula sebaliknya.
Bukan penulis sahaja, malah peminat Ariana menzahirkan kekecewaan selepas Madame Tussauds mendedahkan Ariana Grande merupakan individu terkini miliki patung lilin. Menamakan “Classic Ari”, Ariana tampil dengan trademark ponytail, boot tumit tinggi dan oversized hoodie, tapi sayangnya versi patung lilin kelihatan lain dan buruk.
Peminat di Twitter kecewa dengan patung lilin tersebut dan ramai mengatakan bahawa ciri-ciri muka, seperti hidung dan kening tidak tepat sama sekali, sekaligus memberi gambaran yang pelik.
Ini bukan kali pertama Madame Tussauds gagal, terdapat juga patung-patung lilin dahulu yang buruk, hodoh bahkan memang lain rupanya dengan rupa paras artis itu sendiri.
Baca : Lihat! Patung Lilin Selebriti Paling Cantik Dan Buruk Di Madame Tussauds
Aduhai kenapa boleh jadi begini? Kecewa peminat yang datang nak selfie tapi azab tengok..