Ohhh bulan puasa menonton filem hantu, ada berani tak? Kalau terasa nak cabar adrenalin anda dengan filem paling seram dari negara seberang Indonesia, “Pocong The Origin” ini pilihan terbaik buat masa ini.
Filem yang menceritakan tentang seorang pembunuh kejam bernama Ananta dihukum bunuh oleh kerajaan negerinya, dia memberitahu anak perempuannya Sasthi bahawa dia perlu dikebumikan di kampung asalnya. Selepas kematiannya, Sasthi dan seorang pengawal penjara, Yama, pergi ke kampung halaman Ananta membawa mayat ayahnya. Sepanjang perjalanan, mereka menghadapi pelbagai gangguan aneh, membuatkan mereka mengalami kepayahan memindahkan mayat itu, lebih-lebih lagi mereka perlu melakukannya sebelum bulan purnama. Ini kerana Ananta dipercayai mengamalkan ilmu hitam di mana jika pengamalnya tidak dikebumikan di kampung asal selepas kematian, mereka akan dihidupkan semula dan bulan purnama menjadikan mereka lebih kuat.
Trailer Pocong The Origin
Kalau ingin tahu kesudahan filem ini, apa kata ajar rakan-rakan masuk peraduan Wanista bersama TGV Cinemas. Wanista ingin beri 60 tiket kepada anda semua!
Lokasi : TGV Cinema 1 Utama
Tarikh : 31 Mei 2019, Jumaat
Masa : 8.45 malam
Jangan main terjah, jawab slogan mudah ini dahulu…
Kenapa Anda Nak Tiket Filem Pocong The Origin?
Syarat Penyertaan
1. Jawapan boleh dihantar ke alamat emel [email protected] dengan tajuk “Pocong The Origin”.
2. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Nombor Telefon Pintar.
3. PENTING! Pihak Wanista akan mengutamakan peserta yang mendiami kawasan sekitar Selangor dan Lembah Klang sahaja dan ini bagi mengelak kecelaruan pada hari tayangan.
4. Peraduan ini hanya sah dari 23 Mei hingga 30 Mei 2019.
5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.
6. Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem “Pocong The Origin” “Extreme Job” pada 31 Mei 2019 dari jam 8.00pm hingga 8.45pm di TGV Cinema, 1 Utama.
Jawapan paling kreatif dan mencuit hati paling Wanista suka.. All The Best!