Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Ramadan & Aidilfitri

Lokasi Bazaar Ramadhan 2019 Paling Top Untuk Cari Juadah Berbuka

by Afiqah Syamin
May 8, 2019
Sumber: carinayeoh.com

Sumber: carinayeoh.com

582
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Pejam celik dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Bagi kamu, apa antara menu kegemaran yang tidak pernah dilupakan saat menyambut bulan Ramadhan?

Macam biasa, kita sebagai orang yang berpuasa pasti akan menerjah ke bazaar-bazaar terdekat untuk membeli aneka juadah iftar yang merangkumi lauk-pauk, kuih-muih, hidangan sepinggan lengkap, minuman sejuk dan lain-lain. Namun begitu, tak semua makanan yang dijual penjaja kena dengan cita rasa kita. Asyik berkunjung ke bazaar ramadhan yang sama juga adakalanya buat kita naik bosan. Sudahlah rata-rata juadah yang tersedia pula sama di mana-mana.

Tengok lauk gorengan kunyit macam ni pun dah cukup buat kita semua terliur waktu bulan-bulan puasa begini. Sumber: Facebook/NuarStation

Khas buat semua pembaca Wanista yang masih buntu -tidak tahu port mana paling popular untuk menjamu mata dan selera tekak, ini beberapa lokasi bazaar ramadhan popular yang boleh dikunjungi sekitar kawasan Lembah Klang ekslusif untuk Ramadhan 2019!

#1 Seksyen 13, Stadium Shah Alam

Saban tahun menjadi tumpuan masyarakat setempatnya, bazaar ramadhan di Seksyen 13, Shah Alam ini memang sudah tidak asing lagi dengan aneka hidangan pilihan dari masakan rumah ala kampung hinggalah kepada kuih muih kegemaran ramai seperti roti jala, tau fu fa, rojak, cendol campur, ayam goreng padan dan banyak lagi!

Sumber: blogspot/haizanrunsah

Lain dariapda yang lain, kalau kamu cukup bertuah, gerai yang menjual aneka ikan bakar bersira sambal juga akan berhimpun sama untuk memperdagangkan jualan istimewa mereka itu.

#2 Komplesk PKNS Shah Alam

Dari hidangan ala jepun seperti takoyaki hinggalah kepada kuih-muih Melayu Kelantan kegemaran ramai seperti kuih akok, ramai orang berpusu-pusu untuk memborong juadah berbuka puasa di sini. Dengar kata sejak semalam, memang ramai peniaga yang bertungkus-lumus menghabiskan hasil jualan mereka yang merangkumi lebih 150 buah gerai.

Antara yang menarik adalah set nasi kambing, gulai patin tempoyak, lemang periuk kera dan banyak lagi! Kalau nak tahu makanan di sini sedap belaka atu tidak, kena lah datang cari sendiri okay?!

Kemeriahan yang melanda tapak Bazaar Ramadhan di perkaranagn kompleks PKNS, Shah Alam. Sumber: facebook

#3 SS 6/1, Kelana Jaya

Biarpun baru beberapa hari bazaar tersebut dibuka kepada umum bersempena Ramadhan Al-Mubarak.. nampaknya, ramai yang sudah memuji kualiti serta pilihan juadah yang ditawarkan. Antara menu yang menjadi bualan pengunjung adalah Tepung Pelita, Apam Balik, Roti John dan Nasi Ambang. Rata-ratanya mendapat pujian menjulang tau?

Sumber: Facebook/PJKITA

Jangan ketinggalan juga untuk merasa keenakan Kebab Cheese! Something new to try di Bazaar Ramadhan SS 6/1, Kelana Jaya! Sedikit nasihat, tempat letak kereta adalah terhad dan datanglah sebelum waktu puncak.

#4 Seksyen 14/20, Kompleks Pasar Peniaga Sek. 14, Petaling Jaya

Kalau hendak dikira-kira, bazaar ramadhan di Seksyen 14, PJ ini tidaklah sebesar mana tetapi pilihan makanan yang dijual di sini tersangatlah beraneka membuatkan pengunjung tidak jemu-jemu untuk hadi rmendapatkan makanan berbuka mereka.

IKLAN

Berhampiran Jaya Shopping Centre, jangan ketinggalan untuk membungkus ikan bakar, popiah basah, sate, air kelapa laut dan tepung pelita istimewa yang sering mendapat sambutan!

Sumber: Facebook

#5 Tapak Pasar Malam Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Istimewa buat kamu yang tinggal sekitar Bandar Baru Bangi, serbu bazaar ramadhan di sini untuk peluang menikmati pelbagai hidangan mewah termasuklah aneka perisa churros oleh Churros Time, spicy korean chicken, ayam goreng cheese banjir dan banyak lagi yang bisa menceriakan lagi waktu berbuka puasa korang tu! Oh ya, roti john cheese leleh is a must try bila ke sini okay?!

Sumber: Facebook

#6 Taman Melawati

Terletak di hadapan Pejabat Pos lama, siapa yang tidak kenal dengan bazaar ramadhan yang terbentang luas di kawasan Taman Melawati ni. Antara juadah menarik yanng boleh didapatkan di sini adalah termasuk kambing golek, ayam golek, manisan puding raja, nasi ayam kunyit Nuar Station dan banyak lagi!

Bagi yang meminati hidangan ala barat, boleh cuba juadah sup cendawan, spaghetti carbonara dan spaghetti Alio Olio yang disediakan istimewa oleh restoran The Cabin Melawati pada harga tidak lebih RM10. Cepat serbu sebelum semuanya licin petang ni!

Gerai yang menjual aneka hidnagan tauhu di Bazaar Ramadhan Taman Melawati. Sumber: Facebook

#7 Jalan Perdana 2/1, Taman Puchong Perdana

Kalau di bazaar ramadhan lain ada kebab cheese atau roti john cheese, di sini antara yang menarik menanti pengunjung yang sememangnya peminat tegar keju adalah murtabak cheese. Selain itu, ada banyak lagi juga pilihan juadah berbuka puasa lain dan seperti biasa, pengunjung akan mula membanjiri tapak bazaar ramadhan ini selepas jam kerja dan bagi yang berkenan bolehlah datang seawal jam empat petang bagi mengelakkan kesesakan.

Ayam percik antara menu iftar yang mencuri tumpuan ramai setiap kali penganjuran bazaar ramadhan. Sumber: Rileklah.com

#8 Jalan USJ 4/5, USJ 4, Subang Jaya

Untuk orang yang pertama kali mengunjungi bazaar ramadhan di sini, kamu pasti berpuas hati dengan seleksi pilihan makanan yang pelbagai.

Kentang bakar Uncle Jilli’s yang disumbat dnegan pilihan ayam atau daging sebelum ditabur dengan keju leleh. Sumber: timeout.com

Antara yang mendapatperhatian adalah Nasi Bariani Power House, Nasi Mandi, daging kambing bakar, sup tulang, aneka hidangan mee dari gerai JDT Noodles dan banyak lagi! Boleh pergi dan alami kemeriahan bazaar ramadhan di USJ 4, Subang ini.

Apa-apa pun, kena sentiasa beringat supaya tidak membeli sesuka hati kerana musim-musim Ramadhan ni lah kita kerap membuang makanan. Jangan asyik ikutkan nafsu serakah diri tu okay? 

Selamat berbuka puasa! ❤

Tags: Bazaar RamadhanBazaar Ramadhan 2019Bazaar Ramadhan Lembah Klangbuka puasaiftarjuadah berbukaJualan Bazaar RamadhanKuih-MuihLokasi Bazaar RamadhanMakanan Untuk Buka PuasaMenu Berbuka Puasa
Share233SendShare

Artikel Berkaitan

Rebut Malam Lailatul Qadar, 5 Kebaikan Yang Cukup Istimewa
Ramadan & Aidilfitri

Rebut Malam Lailatul Qadar, 5 Kebaikan Yang Cukup Istimewa

May 4, 2021
Tak Sabar! Hari Raya Aildilfitri Lebih Meriah Dan Bermakna Bersama Marks & Spencer
Ramadan & Aidilfitri

Tak Sabar! Hari Raya Aildilfitri Lebih Meriah Dan Bermakna Bersama Marks & Spencer

April 29, 2021
Berbuka Puasa Dengan Juadah Istimewa Chef Wan Bersama SmartBite
Ramadan & Aidilfitri

Berbuka Puasa Dengan Juadah Istimewa Chef Wan Bersama SmartBite

April 27, 2021
Megherlip Pagi Raya, 8 Barang Kemas ‘Bestseller’ Dari Swarovski Harga Bawah RM400
Ramadan & Aidilfitri

Megherlip Pagi Raya, 8 Barang Kemas ‘Bestseller’ Dari Swarovski Harga Bawah RM400

April 21, 2021

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.