Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Ramadan & Aidilfitri

Trend Baju Raya 2019 Bikin Rambang Mata!

by Afiqah Syamin
May 7, 2019
469
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sudah genap hari kedua kita sebagai umat Muslim berpuasa, sedar tidak sedar… Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi! Jadi berapa ramai di sini yang sudah mempersiapkan keperluan Hari Raya?

Sebagai seorang wanita yang mementingkan keterampilan, kamu pasti sudah semakin ghairah mencari-cari pakaian Hari Raya bagaimana yang hendak digayakan di pagi lebaran. Untuk memberi idea kepada kamu agar mampu berfesyen seiring trend namun, masih lagi mampu mengekalkan cita rasa yang sesuai dengan identiti diri, ini beberapa busana Aidilfitri dari pereka dan jenama tempatan yang memiliki rekaan paling hit menurut Wanista.

#1 Picisan Batik

Klisenya rekaan baju raya musim ini apabila ramai pereka mengekalkan corak floral sebagai pilihan fabrikasi utama. Namun, bagi pereka yang lebih bijak, mereka mencuba kelainan untuk mewujudkan suasana Aidilfitri musim bunga dengan masih lagi mengekalkan corak floral tetapi dengan penggunaan material klasik yang lebih kontemporari seperti batik -yang kemudian diterap dengan potongan busana moden untuk cipta gaya timeless!

Dari kiri: Bydalili, House of Bella Nasir, House of Bella Nasir

#2 Corak Kotak-Kotak

Terinspirasi dari corak kegemaran negara Britain yang lazimnya boleh dilihat pada pakaian kebangsaan jenis klit (skirt) yang dipakai oleh para pria Gaelic, asal Scotland, rata-rata rekaan busana Aidilfitri 2019 banyak yang memanfaatkan corak kotak-kotak versatile. Nampak manis dan comel, bagi kamu yang sukakan gaya funky dan eksentrik, boleh cuba gayakan kurung dan padanan kebaya yang menggunakan fabrikasi checkered sebegini.

Dari kiri: Soonaru, Rizalman for Zalora & Adrianna Yariqa.

#3 Kemunculan Semula Kurung Pahang

Nampaknya, ramai pereka fesyen kita tahun ini yang ligat menampilkan busana Aidilfitri yang diinspirasikan dari kurungn pahang. Dari sisi ke sisi, ia terlihat seperti potongan kurung moden yang akan mencekak bahagian pinggang secara jelas sebelum potongan kainnya terus kembang sehingga ke hujung. Sesuai sangatlah untuk yang berbadan langsing dan curvy tu!

IKLAN

Dari kiri: Rizalman For Zalora, Lilit & Petra

#4 Kebarung

Jika dilihat-lihat semula, kebarung atau kebaya labuh yang berpotongan longgar ini sebenarnya lebih artistik daripada kebaya pendek. Ini kerana, material yang digunakan lebih berjela membuatkan si pemakai tampak lebih elegan. Lebih-lebih lagi saat pakaian itu ditiup angin, helaian kebarung itu pasti berterbangan memancarkan aura keayuan si pemakainya. So sensational!

Dari kiri: Maslea, Maslea & Lubna

#5 Polos Berbutang

Penulis jatuh hati betul dengan rekaan yang polos begini. Minimalis dan comel sangat bila ada pula perincian butang disusun di beberapa bahagian pakaian dan kain. Simple tak semestinya tak cantik kan? 

Dari kiri: Lilit, Umma & Lilit

#6 Jalur Warna-Warni

Orang kata kalau nak nampak tinggi boleh pakai pakaian yang ada ilusi corak berjalur menegak, mungkin kamu perlukan bantuan untuk kelihatan lebih lampai? Boleh tahan cantik helaian-helaian yang bercorak jalur ni.

Dari kiri: Khoon Hooi, Odda KL, Khoon Hooi

Mana satu pilihan hati kamu untuk Aidilfitri kali ni?

Happy shopping! ❤

Tags: Aidilfitri 2019Baju Raya 2019baju raya cantikBaju Raya Mampu MilikBaju Raya PerempuanBaju Raya Wanitafesyen baju rayaHarga Baju RayaKat Mana Nak Beli Baju RayaPersiapan Hari RayaTrend Baju Raya 2019
Share188SendShare

Artikel Berkaitan

Rebut Malam Lailatul Qadar, 5 Kebaikan Yang Cukup Istimewa
Ramadan & Aidilfitri

Rebut Malam Lailatul Qadar, 5 Kebaikan Yang Cukup Istimewa

by Mas Idayu
May 4, 2021
0

Malam lailatul qadar merupakan malam yang dinanti-nantikan orang Muslim pada bulan ramadhan, dan kini malam penuh berkat dan barakah ini...

Baca Lagi
Tak Sabar! Hari Raya Aildilfitri Lebih Meriah Dan Bermakna Bersama Marks & Spencer
Ramadan & Aidilfitri

Tak Sabar! Hari Raya Aildilfitri Lebih Meriah Dan Bermakna Bersama Marks & Spencer

by Soph.Azz
April 29, 2021
0

Ulang-alik tengok kalendar, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak sabar rasanya! Sebelum itu, bagaimana...

Baca Lagi
Berbuka Puasa Dengan Juadah Istimewa Chef Wan Bersama SmartBite
Ramadan & Aidilfitri

Berbuka Puasa Dengan Juadah Istimewa Chef Wan Bersama SmartBite

by Lisa AG
April 27, 2021
0

Masakan chef terkenal Malaysia, Chef Wan tak perlu diperkenalkan lagi. Setiap hidangan beliau cukup ikonik dan tersendiri. Sempena bulan penuh...

Baca Lagi
Megherlip Pagi Raya, 8 Barang Kemas ‘Bestseller’ Dari Swarovski Harga Bawah RM400
Ramadan & Aidilfitri

Megherlip Pagi Raya, 8 Barang Kemas ‘Bestseller’ Dari Swarovski Harga Bawah RM400

by Lisa AG
April 21, 2021
0

Pernah tak kamu reward diri sendiri? Dah penat bekerja, rasa nak belanja diri sendiri. Cuba praktikkan cara ini nescaya kamu...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  3. 3

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Masih Lagi Ada Orang Pakai Tabita Skincare Walaupun Produk Beracun

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.