Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Krim Mata Yang Menjadi, Wanista ‘Suggest’ Korang Patut Cuba

by Izzah Azizah
May 5, 2019
close up of woman applying eye cream

close up of woman applying eye cream

258
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memakai krim mata tidak sepenting tiga langkah asas penjagaan wajah. Namun anda perlu ingat, dari mata turun ke hati. Benda pertama yang orang akan lihat saat bertemu ialah mata dan kecantikan mata juga menjadi ukuran. Garisan halus, lingkaran gelap bawah mata dan mata sembab adalah mimpi ngeri bagi setiap wanita. Mungkin mekap boleh membantu tapi sejauh mana?

Hendak dapatkan solekan mata yang cantik dan flawless juga memerlukan penjagaan kulit mata yang rapi. Anda kena faham, kulit bawah mata sangat nipis serta mengandungi banyak saluran darah. Jadi ia mudah terdedah dengan kerosakan. Dapatkan bantuan dengan krim mata yang sememangnya menjadi dari pendapat penulis. Ya, penulis sudah cuba kelima-lima eye cream dibawah. 

#1 Innisfree Green Tea Seed Eye & Face Ball

Penulis paling recommend yang ini sebab bukan pada mata sahaja boleh guna tapi di garisan senyum dan dahi! Ekstra daun teh hijau menghidrasi kulit dan membekalkan antioksida supaya dapat memperbaiki garisan halus. Selepas menyapu memang terasa segar sahaja mata. 

Foto – Bukalapak

#2 Laneige Perfect Renew Eye Serum

Dalam dua minggu garisan halus bawah mata penulis sedikit berkurang dengan serum ini. Mengandungi air halia yang bertujuan bertindak sebagai anti-penuaan dan minyak pati lavender untuk menghaluskan bawah kulit. Anda boleh pakai serum ini diseluruh sekitar mata. Apa yang paling penulis suka tentang serum ini ia cepat meresap dan sesuai untuk prep sebelum solekan mata. 

IKLAN

Foto – Beauty Nerd By Night

#3 It Cosmetics Bye Bye Under Eye Brightening Eye Cream

Tekstur agak pekat membuatkan ia memberi kesan hidrasi yang perpanjangan dari biasa. Krim mata dari It Cosmetics ini mengandungi kolagen dan ekstra kafein membantu untuk mengembalikan keremajaan kulit bawah mata. Kalau siapa yang anda masalah lingkaran gelap bawah mata boleh cuba krim ini kerana ia mempunyai warna biru khas sebagai menyembunyikan warna gelap bawah mata. 

Foto – The Budget Beauty Blog

#4 Hada Labo Super Hyaluronic Acid Eye Cream

Seperti yang kita tahu produk dari Hada Labo memang terkenal dengan kandungan Hyalurinoc Acid sebagai asas pelembab yang menyerap jauh kedalam kulit. Sama seperti krim mata yang lain ia mampu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, sembab dan paling penting ia tidak memberi kesan iritasi pada kulit. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif cuba guna krim mata ini. Ia bebas dari pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewangi. 

Foto – The Beauty Show – Blogger.com

#5 Clinique All About Eyes

Krim mata dari Clinique ini juga bertesktur pekat untuk mengurangkan garisan bawah mata, kegelapan secara berkala. Bukan itu sahaja ia mengembalikan kolagen semulajadi pasa kulit dan menguatkan kelembapan kulit. Sekaligus mengelakkan kulit mata susah dari terkena iritasi lain. 

Foto – Sephora Malaysia

Kalau anda ingin mencuba produk selain produk diatas pun tidak mengapa. Asalkan anda faham konsep untuk mendapatkan kulit yang berseri, tanpa garisan halus ialah dengan memberi ia hidrasi yang secukupnya. Sama juga dengan kulit bawah mata, berikan ia esen pelembab tapi dengan produk yang tepat. 

Tags: jenama krim mata okaykrim mata garisan haluskrim mata menjadikrim mata paling bagusproduk krim mata bagus
Share103SendShare

Artikel Berkaitan

Guna Jari Pun Boleh, Ini Cara Nak Tahu Kuantiti Tepat Bila Pakai Sunscreen!
Kecantikan

Guna Jari Pun Boleh, Ini Cara Nak Tahu Kuantiti Tepat Bila Pakai Sunscreen!

February 4, 2023
Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless
Kecantikan

Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless

January 29, 2023
Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075
Kecantikan

Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

January 28, 2023
5 Liquid Blush Paling Best & Cantik Untuk Hasil Mekap ‘Shy-Shy’
Kecantikan

5 Liquid Blush Paling Best & Cantik Untuk Hasil Mekap ‘Shy-Shy’

January 22, 2023

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.