Nampak berkhasiat! Terkini jenama rangkaian kecantikan terunggul kegemaran ramai dari Korea ini tampil memperkenalkan keluarga produk baharu yang memanfaatkan vitamin dari buah delima merah.
Segar dan merupakan tanaman yang dipetik dari bumi Jeju sendiri. Menurut sejarahnya pula, sejak 4000 tahun sebelum masihi, seorang puteri jelita si Cleopatra juga dikatakan memanfaat delima kerana kandungan antioksidan yang terdapat dalam bijinya adalah tinggi melebih 3.4 kali ganda.
Manakala, kulit buah delima pula mengandungi kadar antioksidan yang elok untuk membaik pulih penuaan sekitar 10.4 kali ganda! Ianya juga mampu mencerah.
Rangkaian “Jeju Pomegranate Revitalizing” telah melalui beberapa fasa pemprosesan unik apabila tanaman pohonnya ditanam dalam suasana udara bersih, disiram dengan air asli serta baja semulajadi yang sememangnya wujud di tanah Jeju. Ini sekaligus menghasilkan produk kecantikan yang berkualiti unggul buat yang meminati Innisfree.
Selain manfaat kulit delima, sekalian produk ini mengandungi minyak biji untuk pelihara penuaan seterusnya, melahirkan lapisan perlindungan antioksidan buat kulit.
Jus perahan buah delima yang terdapat di dalam rangkaian Innisfree Jeju Pomengranate Revitalizing ini juga bakal buat kulit bersinar manakala elemen niacinamide pula akan tingkatkan keanjalan kulit.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/innisfreeMYS] dan boleh mula dapatkan rangkaian Innisfree Jeju Pomengranate Revitalizing di mana-mana kaunter dan butik Innisfree di seluruh Malaysia.