Terdapat beribu-ribu produk solekan dijual dipasaran sekarang dan industri kecantikan semakin melonjak naik. Senang kata sekarang memang ramai orang dah boleh lakukan solekan sendiri tanpa ke kelas solekan. Hanya perlu taip ‘tutorial’ pasti keluar beberapa cadangan teknik asas solekan di laman sosial media. Hendak jadi cantik sekarang pun hanya ada dihujung jari dan percuma.
Cumanya anda hanya perlu keluar sedikit bajet untuk membeli produk dan praktis sendiri hasil dari berjam-jam menghadap Youtube. Jadi ini yang Wanista hendak cadangkan kepada anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia solekan. Ini produk asas yang perlu anda dalam beg solekan anda. Let’s start!
#1 Set penjagaan kulit
Bagi mendapatkan hasil solekan yang bersih dan tahan lama ialah bermula dari asas paling bawah iaitu kulit anda. Pastikan anda ada ilmu untuk menjaga kulit sebelum mula bersolek secara asasnya ialah mencuci, menyegar dan melembab dan terakhir memakai krim pelindung matahari. Cara ini untuk menjaga keseimbangan kulit setelah disapu dengan pelbagai produk lain.
#2 Primer
Produk yang seterusnya ialah primer iaitu membantu untuk menghaluskan garis halus dan pori-pori wajah. Menjadikan solekan lebih mudah dipakai dan tahan lama. Namun hati-hati, anda perlu cari primer yang bersesuaian dengan masalah kulit biasanya untuk kulit wajah berminya dan kering.
#3 Bedak asas / Bb Cushion
Tidak kira dari jenama high-end atau drug store kini bedak asas boleh dicari dengan pelbagai tona kulit. Jadi pastikan anda cari warna bedak asas yang match dengan warna kulit anda. Jika anda masih belum mahir untuk menyolek wajah dengan foundation. Cuba dahulu dengan Bb Cushion yang lebih mudah untuk apply dan ringkas.
#4 Pemerah pipi
Masih takut-takut dengan teknik contour dan highlight? Biasakan dahulu dengan pemerah pipi dan mainkan disekitar buah pipi dan sedikit diatas batang hidung. Ini beri kesan teknik sun-kissed atau bronzer yang dapat menghidupkan warna wajah anda.
#5 Earth-tone eyeshadow dan kening
Jangan mengada hendak beli palet pembayang mata bak warna pelangi. Cuba-cuba dahulu dengan mainan warna coklat. Malah dari palet warna-warna neutral anda boleh multi-task dengan membuat contour hidung dan melukis kening. Tidak suka lukis kening pun tak mengapa, at least anda tahu untuk fill in brows dengan produk seperti berus kening bergel.
#6 Maskara dan eyeliner
Kalau tangan masih terketar-ketar untuk buat garisan eyeliner, nasihat Wanista guna dahulu eyeliner jenis pensil atau selain liquid. Untuk lebih kelihatan natural, mungkin anda boleh ganti dengan eyeliner warna coklat. Mekap mata fokusnya pada maskara jadi sekurang-kurangnya naik seri mata kamu dengan maskara.
#8 Lipstick
Ikut trend terkini dengan warna-warna nude, merah jambu dan neutral. Jangan terlalu gasak bermain dengan warna terang kerana anda masih belum mahir tentang mainan warna.
#9 Penanggal solekan
Jangan lupa untuk ada makeup remover seperti micellar water, tisu basah atau cleansing oil. Ramai yang berhabis beli produk mekap tapi bab tanggal mekap lupa. Kesan membasuh mekap hanya dengan menggunakan air boleh menyebabkan sisa mekap tersumbat didalam pori-pori.
#10 Set berus atau span
Tak semua teknik boleh guna dengan jari atau tangan. Biarlah sekurang-kurangnya anda anda set berus asas iaitu berus bedak, berus atau span foundation dan berus-berus kecil untuk penbayang mata.
Jangan terburu-buru dalam membeli produk, ambil masa untuk kenal produk yang sesuai dengan kulit anda. Nasihat penulis dapatkan dahulu sampel produk terutamanya untuk bedak asas dan set penjagaan kulit. Selamat bersolek!