Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Dekorasi

4 Idea Deko Rumah Minimalis Tapi Selesa Ikut Cara Kedai Serbaguna Muji

by IamLisa
April 12, 2019
9
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“Less is More”.

Jika berkunjung ke kedai serbaguna kelahiran Jepun, Muji, penulis confirm anda jatuh cinta dengan konsep yang diterapkan, sesuatu yang minimalis tetapi penuh selesa membuatkan kita rasa nyaman melihatnya.

Bila kita menghias rumah, meletakkan terlalu banyak barang sehingga membuat rumah serabut perlu dielakkan,  tetapi jika terlalu sedikit juga membuatkan kedaaan rumah agak kosong, tidak bernyawa. Perlu anda seimbang dalam mengatur setiap kelengkapan rumah.

Buat anda yang gila sangat dengan stail Muji, Wanista cuba bantu sebaik mungkin…

#1 Cahaya Semulajadi

Satu aspek yang sering dilihat di kedai-kedai Muji ialah penggunaan lampu yang mencukupi atau cahaya semulajadi untuk menimbulkan suasana yang terang dan cerah. Walaubagaimanapun, cahaya tersebut just nice dan tidak terlalu menyakitkan.

Foto – Muji

Bawa kesan yang sama ke dalam ruang anda dengan memaksimumkan jumlah penapisan cahaya semulajadi ke rumah. Anda boleh letak langsir dari fabrik sheer yang ringan, atau lampu dari warna-warna semulajadi seperti kelabu, putih atau kuning pada dinding untuk melantun cahaya. Juga, elakkan menghalang aliran cahaya dengan perabot, dan mungkin juga boleh ditambahkan cermin.

Foto – Pinterest

#2 Susun Atur Yang Praktikal

Di sini maksudnya, lebih dari sekadar estetika, rumah yang diilhamkan Muji juga perlu praktikal dalam kehidupan seharian. Itulah sebabnya, penyimpanan yang mencukupi memainkan peranan yang besar dalam memastikan ruang kelihatan teratur dan cukup rapi, bahkan mudah dijaga.

Foto – Qanvast

Sebagai contoh, Muji banyak menggunakan rak menyimpan daripada kayu seperti contoh yang ditunjuk.

Foto – Carousell

#3 Permainan Warna-Warna Hangat

Setiap kali ke Muji, anda perasan mereka hanya menggunakan warna yang light, pastel dengan sedikit warna tanah. Ya, itu gaya Muji. Cukup gunakan warna-warna hangat seperti hijau pokok, kelabu, coklat, coklat cair, putih, krim atau pastel bagi memberi kesan yang clean dan klasik.

Foto – Muji

Tidak hanya untuk dinding, berpegang pada palet warna ini dari segi perabot, fabrik kain, perhiasan rumah mahu pun kelengkapan dapur. Akhir sekali, semaikan elemen semulajadi alam sekitar dengan meletakkan pokok bunga hidup untuk memberi suasana ceria dan segar, yang juga membantu memberi ruang yang tenang.

Foto – Qanvast

#4 Perabot Moden Yang Boleh Diguna Pakai

Muji tidak menerapkan penggunaan perabot yang banyak. Senang cerita masyarakat Jepun lebih memilih perabot dan dekorasi yang praktikal, semulajadi dan klasik – kepingan fleksibel untuk digunakan semula dari masa ke masa.

Foto – Muji

Selaras dengan gaya Jepun, pilih kepingan perabot dari kayu yang ringan seperti bic dan oak, dipadankan dengan fabrik kain linen atau kain kapas untuk langsir, katil atau permaidani. Sebaiknya, pertimbangkan untuk melabur dalam kepingan yang dapat bertahan lama.

Foto – Qanvast

Elemen paling penting dalam asas deko ala Muji ialah KEBERSIHAN! Pastikan untuk sentiasa vakum dan lap setiap debu secara teratur, rumah yang kemas akan mencapai gaya minimalis yang diidamkan, setara dengan stail Muji.

Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2

Tags: deko rumah cara mujideko rumah minimalisdeko rumah stail jepunkedai jepun mujikedai mujikedai serbaguna mujimuji japanese storemuji jepuntips deko cara muji
Share4SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Youtube
Dekorasi

Cantik Betul Deko Kondo Sandara Park, Warna-Warna Ceria Sesuai Untuk Gadis Bujang

by IamLisa
January 4, 2022
0

"Akhirnya saya mempunyai rumah dan hidup sendiri!" Sandara Park, idol yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia merupakan salah seorang ahli...

Baca Lagi
Foto - Cosentino
Dekorasi

Cantiknya! Melinda Looi Kongsi Idea Rekaan Dalaman Rumah Dengan Koleksi Ethereal By Silestone

by Sofie Azizlan
November 29, 2021
0

Seiring dengan pelancaran Ethereal by Silestone, syarikat Cosentino telah bekerjasama dengan pereka fesyen dan pengasas Bespoke ID iaitu Melinda Looi....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Dekorasi

Macam Ini Baru Cantik! Tips Deko Bilik Tidur Merah Jambu Untuk Si Gadis

by IamLisa
October 28, 2021
0

Merah jambu, warna pilihan si gadis ini bukan sahaja mempunyai ciri sejuk dan lembut malah mampu membuatkan kamar tidur tampil...

Baca Lagi
Foto - FB Tips Hias Rumah
Dekorasi

Hati-Hati Dengan Kipas Jenama Deka, Boleh Patah Secara Tiba-Tiba

by IamLisa
October 5, 2021
0

Bayangkan sedang sedap anda tidur tiba-tiba ada benda patah dan jatuh ke lantai, menakutkan... Wanita yang dikenali sebagai Sarina Basir berkongsi...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.