Siapa diantara pembaca Wanista ada pengalaman kerja dengan bos perempuan? Cuba angkat tangan.
Penulis percaya rata-rata dari kita mesti pernah merasa bekerja dibawah seorang pimpinan wanita tak kiralah samada dalam jawatan supervisor, pengurus, pengarah atau ketua jabatan sekalipun. Dari pengalaman yang dihimpunkan ramai yang setuju bekerja dengan seorang wanita bukanlah mudah dan banyak kisah negatif yang kita dengar bila bekerja dengan bos perempuan.
Jadi kenapa agaknya bekerja dengan bos perempuan lebih menyusahkan?
Suka mengarah
Secara zahir dan batin sikap suka mengarah memang ada dalam diri seorang wanita. Mereka lebih senang mengarah orang berbanding kaum lelaki. Sebab itulah bos lelaki biasa dipandang seorang yang chill dan bos perempuan sering dituduh bossy.
Rasa tercabar
Ini khas untuk kaum lelaki yang bekerja dibawah ketua wanita. Biasalah lelaki mudah rasa tercabar dengan sosok wanita yang lebih tinggi daripada mereka. Namun apa yang Wanista hendak tegaskan tak semua lelaki begitu. Kalau kita ada rasa hormat pada setiap orang pasti perkara ini tidak berlaku.
Emosional
Sikap emosional biasa kita kaitan dengan bos wanita yang sudah berusia. Sebenarnya perkara ini kita tidak boleh menafikan lagi kerana ya wanita memang terjerat dengan emosi. Kecuali jika wanita itu bijak mengasingkan dunia peribadi dan kerjaya pasti bekerja bawahan menjadi senang. Betul tak?
Tiada beza pun bos lelaki dan wanita kalau dipandang dalam konteks pimpinan. Ada juga bos lelaki yang suka beremosi, suka mengarah membuat tugasan remeh dan cerewet. Lihatlah bos anda sebagai seorang individu bukannya menghukum mereka kerana jantina. Lelaki ke perempuan ke sama sahaja! Bos tetap bos.