Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Cuba Senyum? Kalau Ada Kedutan Penjuru Mata Kamu Memang Untung!

by Afiqah Syamin
March 25, 2019
8
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kedutan sering dikaitkan dengan elemen negatif meliputi tanda penuaan yang patut dihindari agar wajah tetap kelihatan mulus dan muda remaja.Untuk itu, ada yang sanggup berhabis beribu ringgit demi menyuntik cecair penegang otot seperti botoks semata-mata mahukan penampilan kulit tegang tanpa sebarang kedutan jelas.

Namun, lain pula penemuaan sains baru-baru ini apabila mengaitkan kedutan pada mata sebenarnya merupakan satu tanda ideal yang menguntungkan bagi individu yang memilikinya!

Crow’s Feet Idaman Ramai

Menurut laporan yang pernah diterbitkan portal berita dailymail.co.uk, jelas saintis dan pakar psikologi, kedutan pada penjuru mata yang turut dipanggil dengan nama “Crow’s Feet” itu sebenarnya membuatkan penampilan seseorang bertambah unik, menarik dan kelihatan bijak.

Kedutan penjuru mata yang dipanggil “Crow’s Feet”. Sumber: Pinterest

Untuk pengetahuan semua, kedutan penjuru mata “Crow’s Feet” ini akan terlihat jelas saat seseorang senyum atau bergelak ketawa.

Terlihat Lebih Ikhlas Berbanding Yang Tidak Memilikinya

Berpandukan hasil kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nonverbal Behavior, “Crow’s Feet” secara amnya bukanlah kedutan yang memburukan wajah tetapi ia merupakan kedutan ekspresi yang sebenarnya menambah ‘pemanis’ pada rupa seseorang.

Senyuman kamu pastinya akan kelihatan lebih ikhlas dan tawa kamu akan nampak lebih ceria berbanding dengan orang yang senyum atau ketawa tetapi tidak memiliki garis-garis kedutan pada penjuru mata sebegini.

Meghan Markle adalah antara insan bertuah memiliki kedutan “Crow’s Feet”. Sumber: Pinterest

“Anggaplah kedutan di penjuru mata itu seperti bonus yang tidak dimiliki ramai orang dan jika kamu memilikinya, kamu adalah antara manusia paling beruntung”.

Pakar Bedah Plastik Sokong Kedutan “Crow’s Feet”

Menurut pakar bedah plastik sendiri, biasanya beliau tidak mengesyorkan pelanggannya untuk menghilangkan kedutan pada penjuru mata. Ini kerana, ia sebenarnya elemen kecantikan yang harus dibanggakan kerana, apabila usia sudah meningkat tua nanti, tanda kedutan itu akan membuatkan wajah terlihat lebih ceria dan manis.

Mereka yang memiliki kedutan di penjuru mata juga lebih senang didekati kerana personaliti mereka yang seolah lebih mesra dan positif berbanding mereka yang tidak memiliki kedutan di penjuru mata, terutamanya ketika senyum.

Jelas bahawa, senyuman milik Anne Hathaway (kiri) yang ditemani kedutan “Crow’s Feet” kelihatan lebih manis dan ikhlas berbanding senyuman milik Kylie Jenner yang tidak ditemani sebarang kedutan penjuru mata (kanan).

Kalau difikirkan logik, fungsi kedutan di penjuru mata itu memang sangat penting dalam falsafah psikologi. Sebab itulah, saintis dan pakar mempunyai nama saintifik (Crow’s Feet) untuknya. Ini menggambarkan betapa besarnya impak kedutan di penjuru mata tersebut dalam menterjemah emosi serta personaliti yang seseorang gambarkan menerusi ekspresi wajahnya.

Lihatlah senyuman BTS Jungkook ini, manis betul. Sumber – Twitter

Mungkin, kamu dah boleh say bye-bye to eye cream from now on? Hehe

Selamat beramal! ❤️

SUMBER 1, 2, 3

Tags: botoksCrow's FeetJangan Botoks Kawasan MataKedut Pada MataKedutan Di Penjuru MataKedutana Di WajahKelebihan Kedutan Pada Penjuru MataMaksud Crow's FeetMata Berkedut Masa SenyumSenyuman Cantik Kalau Mata BerkedutTanda PenuaanUntung Ada Kedut Kat Mata
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.