Khamis lalu, penulis berpeluang menyertai majlis pelancaran gedung membeli-belah bebas cukai “Johor Premium Outlets” (JPO) yang berlokasi di Kulai, Johor Bahru. Pelancaran siap pembangunan fasa tiga (fasa terakhir) yang meliputi kawasan 45 ekar itu turut dihadiri Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi menyaksikan sendiri pembukaan rasmi yang gilang-gemilang tersebut.
Mampu menarik pelancong dalam dan luar negara, JPO kini menjadi rumah kepada lebih 150 pelbagai jenama merangkumi fesyen mewah, kedai kelengkapan rumah, minyak wangi, kelengkapan sukan, pakaian dalam, aksesori, barang kemas, jenama-jenama barangan bayi seperti Anakku dan banyak lagi!
Terkini, khabarnya Godiva, Sasa Outlet dan Watsons juga bakal dibuka untuk melengkapkan lagi permintaan pengunjung yang mencari-cari jenama kosmetik mampu milik.
Istimewa buat kaki shopping sekalian, ini Wanista senaraikan apa yang menarik dan terkini di JPO!
Rubi (Aksesori Wanita)
Jika sebelum ini kita dapat melihat rekaan-rekaan aksesori moden yang penuh gaya berjenama Rubi hanya di gedung-gedung fesyen Cotton On, di JPO, Rubi memiliki kedai persendirian tahu?!
Menawarkan seleksi kasut, selipar, kaca mata hitam, beg tangan, hiasan kepala seperti topi, sepit rambut serta aksesori barang kemas mampu milik, jangan terkejut jika penulis beritahu yang sekarang Rubi mengadakan jualan penghabisan stok dengan meletakkan harga serendah RM60 untuk mana-mana pembelian 3 barang terpilih! Kat luar mana nak dapat 3 pasang kasut tumit tinggi cantik pada harga RM60?
La Senza (Pakaian Dalam)
Ramai sangka harga pakaian dalam seperti bra dan seluar dalam jenama La Senza ini mahal belaka. Memang harganya tinggi melihatkan jenamanya yang berasal dari negara Kanada namun La Senza di JPO ini lain sedikit kerana mereka sering mengadakan jualan murah sert ajualan penghabisan stok dengan meletakkan harga paling murah!
Terkini, semua pakaian dalam yang ditawarkan mendapat potongan harga sehingga 70% manakala harga pakaian tidur jenama La Senza juga boleh didapatkan pada harga serendah RM50 sepasang! Murah sangat kalau nak dibeli untuk dijadikan hadiah mahupun koleksi peribadi.
Beauty Scents (Haruman)
Seperti yang kita tahu, harga minyak wangi memang mahal sehingga mampu mencapai RM500 satu set. Namun tidak di kedai minyak wangi yang terletak dalam kawasan JPO ini. Beauty Scents menawarkan harga minyak wangi yang jauh lebih murah daripada yang dijual di pasaraya ternama mahupun di gedung membeli-belah lain sekitar di KL.
Memang elok sangat kalau nak beli hantaran kahwin berbentuk wangian di sini dan jangan terkejut andai Beauty Scent menjual wangian serendah RM80 sebotol! Berbaloi sangat!
Jika kamu mencari-cari koleksi fesyen berjenama, jangan segan silu untuk berkunjung ke CK Calvin Klein, COACH, Versace, DKNY, Jimmy Choo, Gucci, Polo Ralph Lauren, Micheal Kors, Salvatore Ferragamo dan banyak lagi. Swarovski pun ada di sini tau!
Untuk pengetahuan semua, butik berjenama di JPO sudah tentulah berharga jauh lebih murah daripada butik-butik di KL dan di dalam mall lain. Ini kerana rata-rata produknya bebas cukai. Sebab tu harga tersangatlah murah. Ada seorang kawan penulis tu beli beg tangan COACH berharga RM3,800 tapi bila dah dikenakan diskaun, jumlah yang perlu dibayar cuma skeitar RM1,200. Murah ke tak?
Tunggu apa lagi! Untuk pengetahuan semua, gedung kecantikan mampu milik seperti Watsons dan Sasa Outlet juga bakal dibuka kepada pengunjung tidak lama lagi! Jadi siapa kata JPO hanya dipenuhi butik-butik mewah belaka?
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/JohorPremiumOutlets] atau boleh semak gedung-gedung terkini yang ada di Johor Premium Outlets [DI SINI].
Ingat, nanti dah dekat nak raya bolehlah bawa keluarga shopping sakan di Johor Premium Outlets (JPO). Senang bila semua keperluan terletak di bawah satu bumbung! Bagi yang duduk di sekitar Utara atau lembah Klang, berkunjung saja ke Genting Premium Outlets (GPO). Penulis pasti kamu dapat jimat banyak kos perbelanjaan.