Tahukah kamu bahawa “Hari Gembira Sedunia” disambut setiap tanggal 20 Mac secara global di seluruh dunia? Ini adalah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat dunia betapa pentingnya meraikan kegembiraan diri bagi meningkatakan positiviti dalam individu seterusnya, melihat keberanian serta kejituan diri dalam melaksanakan impian.
Bak kata orang… “Rumahku, Syurgaku”, kediaman sering dianggap tempat paling mulia kerana rata-rata kita mengamankan diri dirumah dan ia dianggap perkara paling mengembirakan.
Bermula semalam bersempena “Hari Gembiran Sedunia”, pihak AkzoNobel tampil berkongsi idea bahawa mendekorasi rumah sedikit-sebanyak mampu mempertingkat kualiti kelapangan jiwa yang mampu mengembirakan hati para penghuninya.
Istimewa buat semua pembaca, Wanista kepilkan beberapa langkah ringkas yang boleh diikuti dalam melakukan aktiviti mengecat dinding secara kreatif.
#1 Sediakan Kelengkapan Mengecat
Sebekum mulakan aktiviti mengecat, sediakan terlebih dahulu perkakas wajib termasuklah:-
- 3 warna cat
- Roller cat (kecil dan besar)
- Dulang cat
- Pita pengukur dan pensil
- Kertas kosong
- Pembaris
- Pita pelekat mudah tanggal
- Berus cat
- Gunting
#2 Cat Latar Dinding
Seperti di dalam foto tutorial, boleh gunakan tiga pilihan cat dari rangakaian cat Dulux Colour of the Year “Spiced Honey” atau “Creme Brulee” kod (OOYY 26/220), “Global Waters” kod (50BG 11/123) dan “Thundercloud” (10GG 26/046).
#3 Potong Corak Sarang Lebah
Boleh lukis corak sarang lebah pada kertas kosong tadi, mengikut saiz yang dimahukan (ukur terlebih dahulu pada dinding untuk dapat gambaran saiz) kemudian potong dan lekatnya menggunakan pita pada dinding.
Untuk cipta ilusi kepelbagaian., boleh juga lekat pita pada bahagian dalam bentuk hexagin besar tadi bahagian dalam -membentuk hexagon kecil.
#4 Mula Mengecat Bentuk Pita
Sekarang kamu boleh mula mengecat secara kemas mengikut alur yang telah dibentuk pita tadi.
#5 Cabut Pita & Siap!
Biarkan cat mengering semalaman. Kemudian, cabut kembali pita yang dilekat ke dinding.
Hasilnya, ruangan dinding di dalam rumah tidak lagi hambar dan ianya pastu membangkitkan rasa keterujaan di dalam diri seterusnya membuatkan dirimu gembira tanpa berusaha lebih!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [dulux.com.my]
Selamat beramal! ❤️