Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Bongkar Rahsia Pengeluar Makanan Yang Buat Ramai Jadi Jelik

by Afiqah Syamin
March 15, 2019
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sekitar awal tahun 2012 dahulu, pernah heboh tentang produk bawang goreng yang dicampur dengan bahan plastik seperti straw minuman plastik untuk menjadikan gorengan bawang goreng tadi lebih garing dan sedap.

Namun begitu, ramai juga yang membidas gosip tersebut kerana jika benar proses tersebut digunakan kebanyakan pengilang atau pengeluar bawang goreng, ianya pasti menggunakan kos yang lebih mahal. Maklumlah, harga plastik bukannya murah kan?

Walau bagaimanapun, masih banyak sebenarnya rahsia lain yang cuba disorok pengeluar makanan. Ini Wanista dedahkan antaranya…

#1 Lilin Buat Buahan Nampak Segar

Terpengaruh membeli buah-buahan yang memiliki kulit berkilat seperti plastik. Mungkin ramai yang menganggap buah-buahan berkilat itu lebih segar dan sihat tetapi, hati-hati… Yang berkilat tu sebenarnya adalah selaput lilin yang telah disalut pada keseluruh bahagian buah untuk menarik pembeli! Lepas ni sebelum makan buah, basuh buah dengan air suam dahulu agar lapisan lilin cair dan terhapus.

Foto -Reddit

#2 Emping Jagung Tidaklah Sihat Sangat!

Emping jagung (cornflakes) sering dilihat sebagai bijirin paling sihat kerana ianya kosong dan tidak berperisa manis seperti kebanyakan bijirin lain. Namun begitu, hasil kajian pengkaji di Australia seperti dilaporkan eatthis.com menjelaskan bahawa, memakan emping jagung sebenarnya meningkatkan kadar glukos dalam darah lebih cepat berbanding memakan gula pasir.

Kalau diikut fakta logik, nasi pun sebenarnya mengandungi gula meski rasanya tawar.

Foto -Pepper.ph

#3 Info Kalori Pada Kotak Tak Selalunya Benar…

Percaya bulat-bulat info kalori yang dilabel pada kotak atau bungkusan makanan? Manusia yang sihat dicadang mengambil cuma 200 – 300 kalori sehari.

Sumber: Pinterest

Mulai daripada hari ini, tutup sahaja mata. Ini kerana, tak semua syarikat pengeluar atau pengilang makanan telah menyukat kandungan kalori dengan tepat. Dalam erti kata lain, makanan yang dilabel “rendah kalori” itu tak semestinya rendah kandungan kalori. LOL

#4 Kek Segera Mungkin Mengandungi Serat Sintetik

Suka makan kek cawan, muffin, kek gulung dan sebagainya yang sudah siap dipaket tu? Ha, jangan tak tahu, ada pengilang makanan yang jahat mencampurkan tepung dengan serat sintetik ni. Rasa macam tepung tapi hakikatnya, apa yang korang makan tu cumalah serat-serat tiruan yang boleh dicarik-carik sebegini. Seram!

Sumber: brightside

#5 Minuman Manis Sebenarnya Jerih?

Boleh kata, pelbagai minuman yang dijual di kedai itu memiliki warna yang dilihat enak. Rasanya memang sedap kan? Tapi sebenarnya, rata-rata minuman tersebut telah dicurah dengan pewarna dan warna asal minuman tersebut hanyalah jernih semata.

Sumber: brightside

Pokoknya, boleh cuba buat eksperimen ini dengan menuang apa-apa air botol berwarna ke dalam cawan, lipat tisu tebal  dan masukan ke dalam air lalu, kacau ia beberapa ketika. Hasilnya, warna diserap tisu dan meninggalkan cecair yang berwarna jernih. OMG!

#6 Pewarna Merah Adalah Dari Serangga!

Percaya atau tidak, kebanyakan pewarna merah untuk makanan dan minuman itu dihasil menggunakan serangga hancur! Lihat pada label makanan atau minuman, jika salah satu bahannya adalah “carmine” atau “cochineal”, itu sebenarnya serbuk serangga (bug powder). Walau bagaimanapun, ia selamat untuk dikonsum.

Foto -No-Te Eksarunchai/Shutterstock

Memang ada bahan lain untuk menghasilkan pewarna warna merah untuk makanan dan minuman dna ia biasanya dibuat menggunakan jeli petroleum. Namun begitu, pewarna merah berkod “No. 40” dan “No. 3” sering dikaitkan dengan hyperaktif dalam kalangan kanak-kanak serta masalah kesihatan lain.

#7 Isi Mi Cawan Cuma 30% Dari Saiznya

Mungkin masih ada yang belum tahu, isi mi cawan (cup noodle) sebenarnya tidak seperti yang kita bayangkan. Ini kerana, ia cuma meliputi 30 peratus daripada saiz penuh cawan tersebut. Menyesal tak?

Sumber: Pinterest

#8 Pilih Butter dan Elak Merjerin!

Sebuah eksperimen telah dilakukan untuk melihat daya larut antara butter dan marjerin. Seperti yang kita tahu, marjerin lazimnya diperbuat daripada minyak sayuran yang dijadikan pepejal manakala butter pula adalah dibuat menggunakan susu asli.

Marjerin sukar dan lambat larut kerana ia berasaskan minyak. Foto -proverbsthirtyonewoman/blogspot

Untuk itu, adalah lebih sihat untuk seseorang memakan butter berbanding merjerin kerana butter akan terus larut sebaik ia bercampur cecair manakala, merjerin masih akan berbuku biarpun sudah dilarut dengan cecair. Eww!

#9 Kepingan Keju Tak Semestinya Keju

Menurut perkongsian ilmiah delish.com, kepingan keju yang kamu makan itu belum tentu keju asli. Jika bungkusan keju yang dibeli itu dilabel dengan nama “Processed cheese”, “Prepared cheese” atau “Cheese food”, itu bermakna ia bukanlah dari protein susu asli.

Foto -Time Magazine

#10 Yang Disangka Keju Tabur Itu Adalah Serbuk Kayu?

Rahsia pengeluar atau pengilang keju yang ramai tidak tahu selama ini adalah ada di antara jenama di pasaran yang mencampurkan keju sagat mereka (grated parmesan cheese) dengan serbuk isi kayu (berupa serat pepejal) bagi mengelakkan serbuk keju tersebut bergumpal sesama sendiri.

Serbuk keju parmesan. Sumber: cheatsheet.com

Namun begitu, campuran isi kayu dengan serbuk keju sagat sebenarnya tidaklah membunuh manusia sebaliknya, ia cuma agak pelik untuk dimakan. Ada ke orang sanggup telan serbuk kayu?

Tonton Video Ngeri Tentang Rahsia Industri Makanan

Lepas ni jangan ada lagi yang makan “membuta-tuli” ya? Hati-hati dalam membeli makanan dan amalkanlah pemakanan yang sihat.

Jangan tahu beli yang sedap sahaja kerana yang sedap itulah selalunya mengandungi elemen jahat buat kesejahteraan manusia. Selamat beramal! ❤️

RUJUKAN 1, 2, 3

Tags: Emping JagungKeburukan MakananKilang MakananLilin Buahmakanan segeraMinuman BergulaoatRahsia Industri MakananRahsia Pengeluar MakanansnekTaktik Buruk Pengilang
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Opie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.