Ini adalah testimonial jujur Wanista selepas menggunakan SK-II Facial Treatment Essence dengan kandungan Pitera dari negara Jepun.
Hampir setiap wanita impikan kulit wajah yang putih bersih dan bersinar serta bebas daripada sebarang cela. Untuk mendapatkan itu semua, SK-II Facial Treatment Essence boleh melakukannya. Tapi sebelum itu, tertanya pula apa maksudnya Essence? Ada beza dengan Serum? Tahukah, Essence dan Serum mempunyai fungsi yang hampir sama, menjadikan ia agak sukar untuk dibeza.
Essence adalah produk yang mempunyai kepekatan bahan aktif yang tinggi, tetapi tidak melebihi serum. Essence mempunyai tekstur yang lebih cair daripada serum sehingga sering dirujuk sebagai ‘serum ringan’. Istilah ini sebenarnya mewakili fungsi dan tekstur intipati itu sendiri, yang berguna untuk menangani masalah kulit tertentu. Serum adalah produk rawatan yang berfungsi secara intensif untuk menjawab masalah kulit yang lebih spesifik sebagai contoh kedutan, bintik hitam, jeragat kerana ia mempunyai kekepakatan tinggi bahan aktif. Serum juga mempunyai zarah halus yang mudah diserap ke dalam lapisan kulit yang paling dalam.
Lagi teruja bila penulis dapat merasai pengalaman sendiri menggunakan SK-II Facial Treatment SK-II Facial Treatment Essence selepas mendengar perkara yang baik dan positif tentangnya. Nak tahu kebaikan pitera, tips serta kesan sebelum dan selepas, ikuti perjalanan ini.
Perkenal SK-II Facial Treatment Essence
Sering kali disebut sebagai “air ajaib”, produk ini miliki lebih daripada 90% Pitera, bahan bio yang mengandungi lebih daripada 50 mikronutrien yang bekerja bersama untuk kulit yang jelas dan bersinar. SK-II Facial Treatment Essence menjanjikan transformasi kulit merentasi lima dimensi untuk crystal clear skin dalam hanya 14 hari.
Meskipun telah diperkenalkan lebih dari 39 tahun yang lalu, ia masih jadi pilihan utama di seluruh dunia dengan formula yang tidak berubah! Bahan utama untuk Facial Treatment Essence adalah PITERA™ yang ditemui di pusat pengeluaran sake di Jepun, melalui pemerhatian ke tangan orang tua Toji yang mempunyai perbezaan yang sangat ketara dengan wajahnya yang berkedut.
Yang pasti, aktres Chloe Grace Moretz telah menjadi sebahagian daripada keluarga SK-II sejak pertengahan 2018 menerusi #BareSkinProject. Melihat pada kulit wajah, semua wanita tergila-gila mahu mengetahui rejimen penjagaan harian si cantik ini. Selain minyak zaitun dan madu, Facial Treatment Essence adalah satu-satunya produk penjagaan kulit yang digunakannya.
Kebaikan Pitera
Pitera adalah bahan utama dalam setiap produk SK-II, terutama dalam Facial Treatment Essence, yang mengandungi lebih dari 90%. Melalui proses penapaian sake, pelbagai jenis yis dihasilkan, tetapi SK-II mendapati bahawa terdapat satu unik yis yang membantu dalam mencerahkan kulit – Pitera. Air beras diketahui kaya dengan mineral dan vitamin untuk kecantikan kulit dan rambut. Bijian beras serta air dari nasi kaya dengan pelbagai bahan dan vitamin yang berguna sebagai antioksidan, anti-radang, dan membantu mencantikkan kulit dan melembapkan. Pitera adalah salah satu ragi yang paling pekat, penuh dengan vitamin, asid amino, dan asid organik yang berfungsi untuk meremajakan kulit.
IKLAN
Cara Pakai SK-II Facial Treatment Essence
Jika anda terfikir untuk menambahkan Facial Treatment Essence dalam rutin, anda memang genius. Sebaiknya, Essence dipakai selepas Toner – pagi dan malam untuk kesan yang luar biasa. Cuma tambahkan beberapa titik pada pad kapas atau di telapak tangan dan tepuk pada muka dan leher sehingga diserap. Lakukan dengan perlahan supaya setiap titisan meresap ke dalam kulit.
Sebelum dan Selepas
Jujurnya kerana miliki kulit yang sensitif dan sukar untuk mencari produk yang sesuai, kerana dikhuatiri akan ‘menjahanamkan’ lagi kulit muka. Bayangkan dengan penggunaan satu botol secara berterusan pagi dan malam ada beberapa perubahan yang ketara dan menggembirakan hati. Dengan penggunaan berterusan, penampilan bintik hitam semakin berkurang. Ingat perubahan setiap orang berlainan, untuk yang lebih berusia mungkin mengambil masa berbanding yang masih muda sekitar 20-an. Kedutan di sekitar mata merupakan nightmare bukan sahaja wanita malah yang lelaki juga.
Tekstur kulit lebih licin, halus malah bersinar dan berseri. Orang kata seperti ‘seri air wuduk’. Seri yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Satu lagi kesan yang nampak ialah tona kulit lebih sekata. Apabila kulit sekata, hidrasi dan jelas, anda tidak perlu susah payah memakai mekap yang tebal untuk menutup cela, memadai mekap yang ringan ala ‘no makeup look’ yang menjadi kegilaan ramai.
Adakah penulis mengesyorkan produk ini? Seratus kali ya. Penulis benar-benar kagum dengan hasil penggunaan terus dan kini memasukkan Facial Treatment Essence dalam rutin harian.
Harga
Berminat untuk mendapatkan SK-II Facial Treatment Essence? 230ml Facial Treatment Essence berharga RM 695 di semua kaunter SK-II. Tapi jika ingin harga yang lebih murah, anda boleh mendapatkan SK-II Pitera Welcome Kit yang merangkumi 75ml Facial Treatment Essence, 30ml Facial Treatment Clear Lotion dan 15g R.N.A. POWER Radical New Age hanya RM 252.
Artikel ini dibawakan oleh SK-II. Semua ini merupakan pandangan peribadi penulis.
Kemaskini artikel pada 1 April 2020.