Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Tak Sangka Abalone Sedap Dan Banyak Manfaat Kesihatan!

by Izzah Azizah
March 9, 2019
968
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Mungkin anda biasa dengar tentang abalone tapi tidak tahu terperinci tentang hidupan laut ini. Ia tidak sama seperti tiram, jika memakan tiram secara mentah boleh beri rasa tidak enak tapi lain dengan abalone. Ternyata ia sangat enak sama tandingan seperti isi udang dan mempunyai rasa manis. Penulis sendiri sudah mencuba makan abalone yang telah dipanggang. Rasanya memang mat salleh kata mind blowing! 

Kalau bercerita bab harga pula abalone bukan makanan laut yang biasa-biasa. Harganya boleh mencecah ratusan ringgit hanya untuk satu abalone bukan ikut kilogram. Ia hidup di laut dalam dan persisiran batuan sekitar lautan sejuk Jepun, New Zealand, Australia, Afrika Selatan dan sebelah utara Amerika Utara. 

Foto – Men Health

Jadi sebab utama abalone mahal ialah ia sukar didapati dan ia diharam ditangkap secara meluas kerana kadar abalone sangat rendah. Jangan risau, sekarang terdapat ladang ternakan abalone dibuka lebih lagi di China dan Jepun. Penduduk disana menghargai abalone kerana khasiatnya dan juga memberi simbolik kekayaan. 

Apa khasiat dari memakan abalone? 

Abalone dari hasil ternakan dikatakan mempunyai lemak rendah dan sumber omega 3, iodin dan fosforus. Seperti mana yang kita tahu, Omega 3 baik mencegah keradangan iaitu mengurangkan penyakit jantung dan simptom masalah sakit otot serta mencegah kanser. 

Abalone panggang. Foto – Andrew Zimmern

Iodin pula mineral penting untuk melancarkan perkembangan tubuh badan dan sistem saraf. Manakala fosforus berfungsi sebagai pelindung ketika darah membawa tenaga serta menjaga kesihatan buah pinggang anda. 

IKLAN

Ia kaya dengan pelbagai Vitamin A hingga Vitamin B6 yang mengalakkan sistem imunisasi lebih baik. Kalau siapa yang terasa mahu demam boleh cepat-cepat makan abalone.  

Kulit lebih cantik…

Selain dari manfaat kesihatan dari segi kecantikan si penggemar abalone boleh terima. Kandungan minyak sihat dalam abalone mampu memperbaiki tekstur kulit jadi lebih lembut dan halus. Fungsi dari iodin juga boleh mencantikkan kuku, gigi dan rambut malah menggalakan lagi pertumbuhan yang sihat. 

Foto – Yum of China

Untung siapa boleh makan abalone tapi sebenarnya dalam sumber makanan lain juga boleh dapat manfaat yang sama. 

SUMBER 1, 2 & 3

Tags: apa itu abalonebentuk abaloneharga abalonekebaikan makan abalonekelebihan abalonemanfaat kesihatan abalonesedap ke abalone
Share387SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Bakal Menang Oscar? Ini Yang Perlu Kamu Tahu Tentang Michelle Yeoh
Selebriti

Bakal Menang Oscar? Ini Yang Perlu Kamu Tahu Tentang Michelle Yeoh

January 29, 2023
Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless
Kecantikan

Trend K-Beauty Guna Spatula Khas Hasilkan Foundation Flawless

January 29, 2023
Cetusan Idea Fesyen Balaclava, Gaya Hijab Untuk Musim Sejuk?
Fesyen

Cetusan Idea Fesyen Balaclava, Gaya Hijab Untuk Musim Sejuk?

January 29, 2023
Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…
Gaya Hidup

Sakit Senggugut Tak Lama Bila Kamu Ikut Teknik Senaman Yoga Ini…

January 28, 2023
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    Seriuslah Berkesan?! Wanita Makan HKT Tak Sampai 3 Bulan Dah Turun Berat 15 KG

  2. 2

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  3. 3

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.