Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Syarikat Gula-Gula “White Rabbit” Berang, Bakal Saman Jenama Aiskrim

by Afiqah Syamin
March 7, 2019
Sumber: Yahoo News Singapore

Sumber: Yahoo News Singapore

6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Tampil menuntut hak, syarikat pengeluar gula-gula White Rabbit dari daerah Guanshengyuan, China itu khabarnya baru-baru ini naik berang dengan sebuah syarikat aiskrim di Los Angeles yang menjual perisa aiskrim dihasilkan menggunakan gula-gula lagenda kegemaran semua berperisa susu itu.

Setelah beberapa ketika aiskrim perisa White Rabbit itu viral sejak minggu lalu, akhirnya syarikat induk White Rabbit mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada jenama aiskrim Wanderlust Creamery untuk menjual aiskrim dengan menggunakan nama gula-gula popularnya itu.

Sumber: shanghaieye.com.cn

Firma Shanghai itu dalam berita yang terkini sedang mencari saluran bagaimana mereka boleh menghubungi syarikat aiskrim yang berpangkalan di Los Angeles tersebut untuk menyiasat pelanggaran yang didakwa.

Berikutan hal itu juga, pihak Wanderlust Creamery juga telah bertindak segera menurunkan semua foto, imej yang ada kena mengena dengan White Rabbit di akaun Instagram mereka bagi mengelak sebarang kasus berlanjutan.

Sumber: Wanderlust Creamery

Dalam perkembangan lainnya, Wanderlust Creamery juga kononnya menjelaskan bahawa mereka tidak menggunakan sebarang pembalut White Rabbit dan segala foto dan imej yang tersebar berleluasa di internet itu adalah tujuan iklan dan promosi semata bahkan, nama perisa aiskrim mereka yang diinspirasikan dari gula-gula White Rabbit itu juga sebenarnya adalah “The White”.

View this post on Instagram

Ice, Ice, Bunny! 🐰 If you're in #LA, hop on over to @wanderlustcreamery to catch a taste of this inspired childhood favorite White Rabbit milk candy ice cream!! Available through March, this #flavorofthemonth collab by @foodbeast x #wanderlustcreamery sounds out-of-this-world nostalgic and amazing 💖🍦🐇 . . . 📸 @wanderlustcreamery #LUCKYRICE #eatwanderlust #foodbeast #inlove #whiterabbitcandy #nostalgia #lafoodie #lafood #asiansweets #icecream #eatmunchies #angelenos #YelpLA #eaterLA #大白兔奶糖 #childhoodfavorite #EATDRINKGETLUCKY

A post shared by LUCKYRICE (@luckyricedotcom) on Feb 20, 2019 at 7:36pm PST

Sehingga kini, belum diketahui sama ada dua lagi kedai aiskrim yang menjual aiskrim perisa ‘inspirasi’ gula-gula White Rabbit itu turut akan terkena tempias didakwa atau pun tidak.

Sumber: Inside Scoop

Dua kedai aiskrim jenama Malaysia yang diketahui menjual perisa viral tersebut adalah termasuk Inside Scoop dan Waka-waka seperti yang dilaporkan portal Hype Malaysia.

SUMBER 1, 2

Tags: Aiskrim Perisa White RabbitAskrim ViralAskrim Wahite RabbitGula-Gula White RabbitInside Scoopmakanan manisManisanSyarikat White Rabbit Nak Saman Jenama AiskrimWanderlust CreameryWhite Rabbit
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Opie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.