Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Sebab Jijik Kamu Perlu Stop Tiup Lilin Kek Hari Jadi Sekarang

by Lisa AG
March 6, 2019
197
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Happy Birthday to you, Happy Birthday to you…. Okay cepat wish dan tiup lilin.

Tiup lilin sudah menjadi acara utama semasa sambutan hari lahir seseorang. Namun, tahukah kamu lama-kelamaan ia boleh mengundang jijik dan kemudaratan dengan penyebaran bakteria.

Kenapa Wanista berkata begitu?

Peningkatan Bakteria

Menurut kajian Bacterial Transfer Associated with Blowing Out Candles on a Birthday Cake dalam Journal of Food Research mendedahkan bahawa meniup lilin ke atas permukaan aising mengakibatkan 1,400 peratus (%) lebih banyak bakteria berbanding lapisan aising yang tidak ditiup.

Foto – Land O’Lakes

Meniup lilin di atas lapisan raising mengakibatkan 15 kali ganda lebih banyak dan bilangan bakteria lebih tinggi secara statistik diperoleh daripada lapisan aising berbanding lapisan aising yang tidak ditiup lilin. Variasi (julat) bakteria yang meliputi lapisan raising itu adalah 100 kali ganda lebih besar berbanding yang tidak ditiup. Tambahan, median dan maksimum pemindahan bakteria meningkat sebanyak 300 dan 12,000% akibat meniup lilin.

Bakteria Daripada Meniup Lilin

Sehingga 2,000 zarah kelembapan dikeluarkan bagi setiap pernafasan, semuanya kurang daripada 5 um diameter. Saiz zarah adalah faktor penting kerana bioaerosol akan membawa kedua-dua bakteria dalam titisan zarah kecil yang dihasilkan oleh pernafasan, hembusan dan batuk.

Giphy

Terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan bahawa titisan daripada bersin, bernafas atau meniup membolehkan bakteria dan virus tersebar dengan cepat. Seterusnya ia menyebabkan keradangan tekak dan flu antara satu sama lain.

IKLAN

Hukum Menyambut Hari Jadi

Sebahagian utama memberi pandangan bahawa hukumnya harus, tetapi mestilah mengikuti beberapa garis panduan seperti tidak diiktikadkan sambutan tersebut sebagai pegangan Islam atau sunah mahupun digalakkan. Memetik kenyataan guru Fadhilatus Syeikh Rusydi Salim al-Qalam, antara lain berkata: “Bukanlah menjadi adat orang Islam merayakan pelbagai bentuk hari raya. Ini kerana dalam Islam hanya ada dua hari raya sahaja; Hari Raya Aidulfitri dan Hari Raya Aiduladha.”

Adapun semata-mata memperingati dan menzahirkan rasa gembira di samping muhasabah diri yang betapa dekatnya dengan kematian ketika mana usia telah lanjur dan menuju senja, atau pun untuk menyemak dan muhasabah kembali kehidupan yang dilalui, serta muamalah antara suami dan isteri, dan mengelokkan hubungan pasangan, maka ini dibolehkan.

Foto – Vanity Fair

Hukum Meniup Lilin

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Barang siapa yang menyerupai dengan suatu kaum, maka ia sebahagian dari kaum itu.” [HR. Abu Daawud]

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Jelaskan… Selamat Beramal!

RUJUKAN : 1, 2, 3, 4

Tags: candlehukum tiup lilinkeburukan tiup lilinkek hari jadikuman tiup lilinlilin kek hari jadililin kek hari jadi birthday caketiup lilin kek hari jaditiup lilin menurut islam
Share79SendShare

Artikel Berkaitan

Foto - Vocal Media
Gaya Hidup

Ramai Lupa Untuk Simpan Privasi Hubungan Cinta, Jangan Sampai Silap Langkah..

March 26, 2023
Foto - Hijabista
Fesyen

[Edisi Raya 2023] Sejadah Pilihan Sebagai Buah Tangan Ramadhan & Aidilfitri Untuk Keluarga

March 26, 2023
Foto - Byrdie
Kecantikan

3 Mitos Cara Cuci Wajah Yang Salah, Mari Kita Betulkan Sebelum Kulit Rosak!

March 26, 2023
Foto - MICHAEL TRAN/AFP via Getty Images
Hiburan

Hadiah Pakej Percutian Dan Botox! Gift Bag Anugerah Oscar Versi Mimpi Kayangan

March 25, 2023

Trending

  1. 1

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  2. 2

    Sebab Jijik Kamu Perlu Stop Tiup Lilin Kek Hari Jadi Sekarang

  3. 3

    Hidu Vicks Inhaler Batal Puasa? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

  4. 4

    Ketahui Maksud Di Sebalik Nombor Kelahiran Kamu!

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.