Kuasa solekan memang tidak dapat dinafikan lagi dapat mengubah wajah seseorang dari biasa kepada terlalu menawan. Ia seperti pembedahan plastik sementara yang tidak menyakitkan dan boleh diubah mengikut kepuasan hati sendiri.
Di arus media sosial kini memang jutaan video tutorial kecantikan dikongsi dan semestinya pelbagai teknik kecantikan begitu mudah untuk diikuti. Paling mendapat perhatian ialah teknik gam dan concealer kening yakni untuk menggantikan dari cukur kening. Umum tahu mencukur kening boleh jatuh hukum kerana dalam agama Islam dilarang sama sekali mengubah ciptaan Allah SWT.
Ya haram tapi bagaimana pula dengan melukis kening dengan teknik diatas?
Boleh jatuh hukum HARAM jika:
#1 Melukis sehingga mengubah dari bentuk asalnya walaupun tidak mencukur.
#2 Menyorokkan dengan concealer atau tampalan untuk mengubah bentuk.
Kesimpulan, kalau sampai melukis kening dari tiada lengkuk hingga ke lengkuk tinggi itu tidak boleh. Kecuali individu tersebut mempunyai khilaf, kecacatan atau mendatangkan aib pada dirinya.
Jadi bagaimana nak nampak cantik dengan kening yang serabut?
Cadangan penulis ialah untuk anda guna produk kening seperti Anastasia Beverly Hills Tinted Brow Gel atau Benefit Gimme Brow Fiber Gel sebagai contoh. Ia berus kening yang dilengkapi dengan gel berwarna untuk menyikat bulu kening secara kemas dan memberi ilusi warna tanpa mengubah bentuk kening anda.
Bukan sahaja anda jauh dari membuat perkara yang dilaknat oleh Allah SWT, secara keseluruhnya anda embrace dengan kecantikan asli dan kekalkan dengan solekan natural.
Penulis tidak berniat untuk menunding jari pada mereka yang melakukan teknik gam atau concealer kerana penulis juga pernah melalui fasa ini. Tidak ada salahnya kalau kita semua memperbaiki yang mana salah kepada yang betul.
Selamat beramal!