Sehubungan dengan acara anjuran besar-besaran L’Occitane bertemakan “FREE YOUR HAIR” sekitar Mac ini, jenama kosmetik dan rangkaian penjagaan peribadi asal dari Switzerland itu nampaknya begitu komited mahu memberikan konsultansi berkenaan kesihatan rambut dan kulit kepala selain ada juga mengedarkan sampel produk rambut terkininya buat para peserta sekalian!
Khidmat rundingan kesihatan rambut dan kulit kepala yang ditawarkan juga adalah percuma, pengguna yang berminat hanya perlu mendaftarkan diri menerusi laman sesawang [experienceloccitane.com] sebelum tampil menghadirkan diri pada tarikh dan di lokasi yang berikut:-
Gerai Pop-Up L’OCCITANE Aromachologie “Free Your Hair”
Tarikh: 1 – 31 Mac 2019
Tempat: Kawasan pintu masuk pusat membeli-belah Fahrenheit 88, Bukit Bintang, KL. (bertentangan Pavilion KL/bersebelahan Starhill Gallery)
Waktu: Setiap hari dari jam 10am hingga 10pm
Untuk pengetahuan semua, rangkaian penjagaan dan kesihatan rambut L’OCCITANE Aromachologie yang diserikan dengan bau-bauan hebat aromaterapi ini terdapat dalam empat pilihan fungsi termasuklah Revitalizing Fresh, Intensive Repair, Nourishing Care dan Body & Strength.
Setiap satunya memiliki fokus tersendiri sama ada untuk memperbaiki kekuatan rambut untuk mengurang risiko keguguran (Body & Strength), melembutkan struktur rambut agar bebas kekusutan (Nourishing Care), menambah baik kondisi rambut dari akar agar bebas kerosakan (Intensive Repair) serta membersihkan kulit kepala supaya tidak berminyak dan segar senantiasa (Revitalizing Fresh).
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/loccitane.my]. Jangan lupa hadirkan diri ke gerai Pop-Up L’OCCITANE Aromachologie untuk membebaskan rambut dari segala permasalahan yang mengundang kecacatan pada mahkota kewanitaan mu! Sampel syampu L’Occitane mengikut keadaan dan masalah kamu akan diberikan selepas khidmat rundingan dilakukan.
Ingat, yang bertudung pun perlu jaga kesejahteraan rambut demi keselesaan diri dan suami tercinta ❤️