Bahang! Itulah perkataan yang dapat menggambarkan rasa cuaca ketika ini yang nampaknya semakin ekstrem sehingga melibatkan beberapa kawasan utama sekitar Semenanjung!
Menurut sumber Sinar Harian, status gelombang haba di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia ini dijangka mencecah 35 hingga 36.9 darjah celsius sekurang-kurangnya dalam masa tiga hari lagi, berturut-turut.

Dalam kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula, antara kawasan yang tersenarai sebagai kawasan paling panas adalah Muar (Johor), Kepong (Kuala Lumpur), Maran (Terengganu) dan Perak -meliputi kawasan paling banyak terdedah kepada fenomena gelombang panas ini termasuklah Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Kedah di Sik, Kota Setar, Kubang Pasu serta Chuping.

Bagi daerah-daerah lain, keadaan cuaca berada pada tahap suhu maksimum harian yang kurang dari 35 darjah celsius.
Kesemua catatatn terkini ini diteliti menerusi pemantauan MetMalaysia dan ia berdasarkan rekod sehingga semalam dan akan dikemaskini dari masa ke masa.
Fenomena ini boleh dianggap sangat berbahaya dan netizen diingatkan supaya meminum air yang secukupnya dan elak melakukan aktiviti pembakaran secara terbuka agar tidak terdedah kepada serangan strok haba.
Tonton Video Tanda-Tanda Strok Haba

Untuk sebarang info terkini berkenaan cuaca semasa, sila klik [facebook.com/malaysiamet].